Gunung Fuji

Gunung Fuji
富士山
G. Fuji ketika matahari terbit dari Tasik Kawaguchi
Titik tertinggi
Ketinggian3,776 m (12,388 ka)
Tonjolan3,776 m (12,388 ka)
Geografi
LokasiKawasan Chūbu, Honshū, Japan
Geologi
Jenis gunungStratovolkano
Letusan terakhir1707[1]
Pendakian
Pendakian pertama663 oleh seorang sami
Laluan paling mudahPanjat

Gunung Fuji (富士山, Fuji-san, IPA: [ɸɯʥisaɴ]) ialah gunung tertinggi di Jepun, terletak di sempadan Prefektur Shizuoka dan Yamanashi, di sebelah barat Tokyo. Gunung Fuji mempunyai ketinggian sebanyak 3776.12m, iaitu 319m lebih rendah daripada Gunung Kinabalu. Gunung Fuji terletak berhampiran perairan Pasifik di pusat Honshu. Fuji dikelilingi oleh tiga kota, iaitu Gotemba (timur), Fuji-Yoshida (utara) dan Fujinomiya (barat daya).

Gunung Fuji adalah simbol Jepun yang terkenal dan sering digambarkan dalam karya seni dan gambar, serta dikunjungi pendaki gunung mahupun pelancong. Gunung Fuji diiktiraf sebagai Warisan Budaya Dunia pada tahun 2013.

Gunung Fuji diperkirakan terbentuk sekitar 10,000 tahun yang lalu. [1] Sebuah gunung berapi yang kini masih aktif walaupun memiliki kemungkinan letusan yang rendah, Fuji terakhir kali meletus pada tahun 1707. Terdapat lima buah tasik di sekeliling Fuji, iaitu Tasik Kawaguchi, Tasik Yamanaka, Tasik Sai, Tasik Motosu dan Tasik Shoji.

Lebih kurang 200,000 orang mendaki Gunung Fuji setiap tahun dan 30% antaranya adalah orang asing. Waktu yang paling popular bagi para pendaki adalah dari 1 Julai hingga 27 Ogos, iaitu ketika musim panas. Pendakian boleh memakan masa dari 3 hingga 7 jam sementara penurunan gunung mencapai sekitar 2 hingga 5 jam. Kita dibenarkan mendaki pada bila-bila masa. Akan tetapi, pada musim sejuk para pendaki mestilah bersiap sedia dengan semua peralatan mendaki yang bersesuaian agar tiada kecelakaan berlaku.


Developed by StudentB