Rencana ini nampaknya ditulis seperti sebuah iklan. (Januari 2018) |
Gunung Mat Chinchang | |
---|---|
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 713 m (2,339 ka) |
Geografi | |
Lokasi | Langkawi, Kedah, Malaysia |
Gunung Mat Chinchang[1] yang terletak di Langkawi, Kedah mempunyai ketinggian setinggi 713 meter (2,339 kaki).[2]
Di sini juga terdapat kereta kabel untuk pelancong naik ke atas puncak gunung Mat Chinchang. Dari puncak, pelancong boleh melihat pemandangan dan pulau-pulau di sekitar Pulau Langkawi.
Gunung Mat Chinchang mempunyai hutan Dipterokarp Bukit. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Ia terbina dengan batuan yang paling tua di Asia Tenggara, dan di sinilah ditemui kesan fosil tertua berusia 500 juta tahun.[3]
Di barat laut pulau utama, tersergam gunung yang mistik ini. Dikatakan mistik kerana banyak kisah-kisah yang diceritakan sejak berzaman lamanya.[4]