Gunung Semangkok | |
---|---|
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 1,824 m (5,984 ka) |
Geografi | |
Lokasi | Daerah Hulu Selangor, Selangor Daerah Raub, Pahang |
Induk banjaran | Banjaran Titiwangsa |
Gunung Semangkok merupakan sebuah gunung yang terletak di Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor, Selangor, berhampiran dengan pusat peranginan tanah tinggi Bukit Fraser di Raub, Pahang. [1] Mempunyai ketinggian setinggi 1,824 meter (5,984 kaki),[2] ia adalah gunung tertinggi di negeri Selangor.
Gunung Semangkok mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.