Gymnasion

Gymnasion (Yunani: γυμνάσιον, rumi: gymnasion[1]) merupakan tempat-tempat khusus yang wujud pada zaman Yunani Purba untuk tujuan senaman, bermandi serta berguru dalam pelbagai bidang ilmu.

Ia datang daripada perkataan bahasa Yunani γυμνός (gymnos) bermaksud "telanjang" (naked)[2] yang merujuk kepada wajibnya sesiapa yang bersukan di tempat-tempat sebegini - lazimnya dalam kalangan lelaki dewasa - bertelanjang; keadaan ini dianggap sebagai tanda menghormati dewa-dewi (lagi-lagi kepada Herakles, Hermes dan Theseus[3]) serta mengalakkan kesedaran bentuk jasmani dalam kalangan pelatihnya.

  1. ^ γυμνάσιον, Henry George Liddell, Robert Scott, A Greek-English Lexicon, on Perseus project
  2. ^ γυμνός, Henry George Liddell, Robert Scott, A Greek-English Lexicon, on Perseus project
  3. ^ Pausanias (geographer), Guide to Greece, 4.32.1

Developed by StudentB