H.264 ialah satu piawaian pemampatan video yang juga dikenali sebagai MPEG-4 Part 10, atau MPEG-4 AVC (untuk Pengekodan Video Maju/Advanced Video Coding). H.264 dikarang oleh Kumpulan Pakar Pengekodan Video (Video Coding Experts Group, VCEG) ITU-T bersama ISO/IEC MPEG sebagai hasil usahasama yang dikenali sebagai Pasukan Video Bersama (Joint Video Team, JVT). Piawaian ITU-T H.264 dan piawaian ISO/IEC MPEG-4 Part 10 (secara rasminya, ISO/IEC 14496-10) dikendali bersama-sama agar mempunyai kandungan teknikal yang seiras. Kerja penyediaan draf muktamad untuk versi pertama piawaian ini disiapkan pada bulan Mei 2003.