Negara | Amerika Syarikat |
---|---|
Slogan | It's More Than You Imagined. It's HBO. |
Ibu pejabat | New York |
Pengaturcaraan | |
Format gambar | 1080i (HDTV) |
Pemilikan | |
Pemilik | Home Box Office Inc./Warner Bros. Discovery |
Saluran kembar | Cinemax |
Sejarah | |
Dilancarkan | 8 November 1972; 51 tahun yang lalu |
Ditutup | 1 April 2022Kristal-Astro) (HD) | (
Pautan | |
Laman web | HBO.com |
Ketersediaan | |
Satelit | |
Astro | Saluran 411 (HD) |
NJOI | Saluran 411 (HD) |
IPTV | |
Unifi TV | Saluran 401 (HD) |
Media penstriman | |
Astro | Astro GO / On Demand |
Unifi TV | playTV@unifi / On Demand |
HBO (Home Box Office) ialah sebuah saluran televisyen berbayar di Amerika Syarikat yang dimiliki oleh Warner Bros. Discovery. Programnya ditayangkan 24 jam kepada lebih dari 40 juta pelanggan tanpa iklan. Selain itu berbagai produknya juga dipasarkan ke lebih dari 150 negara.
Pada 1965, Charles Dolan mendapat ejen untuk mendirikan sistem televisyen berkabel di Manhattan. Sistem ini dinamai Sterling Manhattan Cable dan dengan sokongan Time Life, Inc. menukar Green Channel yang kemudian diubah namanya menjadi Home Box Office pada 8 November 1972. Tayangan perdana HBO adalah pertandingan langsung antara New York Rangers dan Vancouver Canucks, dilanjutkan dengan filem Sometimes a Great Notion.
Pada 28 Disember 1981, HBO mulai menayangkan televisyen acara 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Pada 1983, HBO mulai mencipta filem sendiri dengan The Terry Fox Story. Saat ini berbagai filem seri produksi HBO ditayangkan oleh stesen televisyen bukan berkabel di luar AS, misalnya Sex and the City, The Sopranos, dan Six Feet Under.