HMS Dreadnought (1906)

Dreadnought di laut pada 1906
Ringkasan kelas
Nama: Dreadnought
Didahului oleh: kelas Lord Nelson
Diganti oleh: kelas Bellerophon
Kos: £1,785,683
Dibina: 1905–1906
Dalam perkhidmatan: 1906–1919
Ditauliahkan: 1906–1919
Disiapkan: 1
Diskrapkan: 1
Sejarah
United Kingdom
Nama: Dreadnought
Dipesan: 1905
Pembina: HM Dockyard, Portsmouth
Dibaringkan: 2 Oktober 1905
Dilancarkan: 10 Februari 1906
Ditauliah: 2 Disember 1906
Dibersarakan: Februari 1919
Takdir: Jual untuk sekerap, 9 Mei 1921
Ciri-ciri umum (seperti dibina)
Sesaran:
Panjang: 527 ka (160.6 m)
Lunas: 82 ka 1 in (25 m)
Draught: 29 ka 7.5 in (9 m) (muatan terdalam)
Installed power:
Jana kuasa: 4 × syaf; 2 × set turbin stim
Halaju: 21 knot (39 km/j; 24 mph)
Jarak: 6,620 nmi (12,260 km; 7,620 bt) at 10 knot (19 km/j; 12 mph)
Anak kapal: 700 (1907); 810 (1916)
Persenjataan:
Perisai:

HMS Dreadnought adalah kapal tempur Royal Navy yang reka bentuknya merevolusikan kuasa tentera laut. Kemasukkan kapal itu ke dalam perkhidmatan pada 1906 melambangkan kemajuan teknologi angkatan laut sehingga namanya dikaitkan dengan seluruh generasi kapal tempur, iaitu "dreadnought", dan juga kelas kapal yang dinamakan selepasnya. Begitu juga, generasi kapal sebelumnya yang sudah lapuk dikenali sebagai "pra-dreadnought". Laksamana Sir John "Jacky" Fisher, First Sea Lord Jawatankuasa Admiralti, diberi kepujian sebagai bapa Dreadnought. Tidak lama selepas beliau memegang jawatan, beliau mengarahkan kajian reka bentuk bagi kapal tempur yang hanya bersenjatakan meriam 12 in (305 mm) dengan kelajuan 21 knot (39 km/j; 24 mph). Beliau mewujudkan "Jawatankuasa Reka Bentuk" untuk menilai reka bentuk alternatif dan membantu memperincikan kerja reka bentuk.

Dreadnought merupakan kapal tempur pertama pada zamannya yang memiliki persenjataan utama yang seragam, dan bukannya memiliki beberapa meriam besar yang dilengkapi dengan persenjataan sekunder berat dengan meriam yang lebih kecil. Ia juga merupakan kapal besar pertama yang dikuasakan oleh turbin stim, menjadi kapal tempur paling laju di dunia selepas ia siap.[1] Pelancarannya telah mencetuskan perlumbaan senjata laut apabila tentera laut di seluruh dunia, terutamanya Tentera Laut Imperial Jerman, berlawan untuk membina armada yang kuat dalam Perang Dunia Pertama.[2]

Ironinya kapal ini di reka untuk bertarung dengan kapal tempur musuh, tetapi satu-satunya aksi signifikan ialah merempuh dan menenggelamkan kapal selam Jerman U-29, menjadi satu-satunya kapal tempur yang disahkan telah menenggelamkan kapal selam.[3] Dreadnought tidak mengambil bahagian dalam Pertempuran Jutland pada tahun 1916 kerana waktu itu ia sedang diperbaiki. Dreadnought juga tidak turut serta dalam mana-mana pertempuran laut Perang Dunia Pertama yang lain. Pada Mei 1916 ia telah diberi tugas-tugas pertahanan pantai di Selat Inggeris, tidak menyertai semula Armada Besar sehingga tahun 1918. Kapal itu ditukarkan ke simpanan pada 1919 dan dijual untuk sekerap dua tahun kemudian.

  1. ^ Sturton, pp. 76–77
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama g1
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama b38

Developed by StudentB