HMS Pluto

Kapal HMS Pluto menempa sejarah Tanah Melayu kerana menjadi sebutan di mana Perjanjian Pangkor ditandatangani antara Kesultanan Perak dan pihak Inggeris pada 20 Januari 1874.

Kapal Pluto pada asalnya ialah sebuah kapal jenis (Gun Vessel) kepunyaan Tentera Laut DiRaja (British) yang dibina dalam tahun 1835 (mengikut...) . Kapal ini ialah sebuah kapal paddle steamer (kapal wap yang mempunyai gerakan pengayuh dikiri kanan) yang dilengkapi dengan meriam dan dikelaskan sebagai Gunboat oleh Tentera Laut DiRaja. HMS Pluto dilancarkan pada 28 April 1831. Kapal ini mempunyai (hull) (haluan) diperbuat daripada kayu dan menggunakan sistem gerakan “paddle” (pengayuh berputar) (paddle steamer). HMS Pluto mempunyai berat penuh 365 ton.

Semasa Perang Candu Pertama 1838-1842, HMS Pluto terlibat dalam pertempuran ke atas Qing China. [1] Dalam bulan April 1847, HMS Pluto bersama-sama HMS Espiegle telah menawan kota pertahanan di Sungai diwilayah Guandong Canton yang enggan membenarkan kapal melalui pelabuhan itu.

Dalam tahun 1860, HMS Pluto menawan sebuah kapal pembawa hamba abdi bernama Orion di pantai pesisiran Afrika dan menarik kapal tersebut ke Pulau St. Helena, di mana 808 orang hamba abdi yang menjadi tawanan dibebaskan.

Dalam tahun 1861, kapal ini diserahkan kepada Kompeni Hindia Timur Inggeris dan dihantar bertugas di pesisiran pantai Tanah Melayu untuk membuat rondaan anti pelanunan dan untuk menguatkuasakan diplomasi kapal perang (gunboat diplomacy) yang diamalkan oleh kerajaan Negeri-Negeri Selat untuk memaksa negeri-negeri Melayu mengikut kehendak mereka.

HMS Pluto dengan muatan kosong 150 ton mempunyai 9 laras meriam dan digunakan sebagai kapal bersenjata peronda polis di perairan Selat Melaka di antara Pulau Pinang dan Singapura. Kapal Pluto ditugaskan meronda dan menumpaskan kegiatan pelanunan di Selat Melaka dan membantu kapal-kapal Kyarikat Hndia Timur Inggeris dan sekiranya perlu, untuk menunda kapal-kapal tersebut ke Pulau Pinang ataupun Singapura.


Developed by StudentB