Haji (gelaran)

Haji (atau juga dieja sebagai al-Haj) merupakan gelaran hormat yang diberikan kepada seseorang Muslim yang berjaya menunaikan ibadat haji di Makkah.[1] Gelaran ini diletakkan sebelum nama seseorang (contoh Ali Zakaria menjadi Tuan Haji Ali Zakaria). Ia berasal daripada perkataan bahasa Arab, ḥājj, yang merupakan partisipel aktif kepada kata kerja ḥajja yang membawa maksud "melakukan penziarahan [ke Makkah]".

  1. ^ Malise Ruthven (1997). Islam: A very short introduction. Oxford University Press. m/s. 147. ISBN 978-0-19-285389-9.

Developed by StudentB