Hangul (한글 ) Chosŏn'gŭl (조선글 ) [1] | |
---|---|
Jenis tulisan | |
Pencipta | Raja Sejong |
Tempoh masa | ~1443 hingga kini |
Arah tulisan | Left-to-right, vertical right-to-left |
Bahasa-bahasa | Bahasa Korea Bahasa Cia-Cia (mulai 2009)[2][3][4] |
ISO 15924 | |
ISO 15924 | Hang (), Templat:ISO 15924 name |
Unikod | |
Alias Unikod | Hangul |
Hangul (dengar (bantuan·maklumat)) ialah abjad untuk Bahasa Korea yang berbeza dari sistem logographic Sino-Korean hanja.[5] Hangul merupakan skrip untuk Korea Utara, Korea Selatan serta Wilayah Autonomi Korea Yanbian di China, dan kini juga dijadikan sistem tulisan bahasa Cia-Cia yang ditutur di Pulau Buton, Sulawesi, Indonesia.
Hangul ialah sistem abjad fonemik yang disusun mengikut blok-blok suku kata. Setiap blok mengandungi sekurang-kurangnya 24 aksara Hangul (jamo): sekurang-kurangnya satu dari setiap 14 konsonan dan 10 vokal. Asalnya, abjad ini mempunyai beberapa aksara tambahan (lihat jamo usang). Untuk penerangan fonologi sila lihat fonologi bahasa Korea.