Hanja | |
---|---|
Nama Korea | |
Hangul | 한자 |
Hanja | 漢字 |
Perumian Semakan | Hanja |
McCune–Reischauer | Hancha |
Hanja ialah nama Korea untuk aksara Cina, khususnya aksara yang dipinjam daripada bahasa Cina dan dikandungkan ke dalam bahasa Korea dengan fonetik Korea. Hanja-mal atau hanja-eo bererti perkataan yang boleh ditulis dalam bentuk hanja, manakala hanmun ialah penulisan bahasa Cina Klasik, namun "hanja" kadang-kadang digunakan untuk merangkumi konsep-konsep lain ini. Oleh sebab tidak pernah mengalami apa-apa pembaharuan besar, Hanja rata-rata seiras dengan aksara Cina tradisional dan Kyūjitai. Hanya sebilangan kecil aksara Hanja diubah suai atau hanya digunakan dalam tulisan Korea.
Sungguhpun pernah menjadi amat penting kepada para cendekiawan di Korea, kini Hanja tidak lagi digunakan untuk menulis perkataan bahasa Korea asli, dan kata pinjaman bahasa Cina pun — hanja-eo (한자어 , 漢字語 ) — biasanya ditulis dalam bentuk Hangul.