Hari Bastille | |
---|---|
Also called | Hari Kebangsaan Perancis (Fête nationale) 14 Julai (Quatorze juillet) |
Observed by | Perancis |
Type | Hari Kebangsaan |
Significance | Mengingati permulaan Revolusi Perancis dengan Serbuan Bastille pada 14 Julai 1789, dan kesatuan orang Perancis di Fête de la Fédération pada 14 Julai 1790 |
Celebrations | Perbarisan tentera, pertunjukan bunga api, konsert, majlis tari-menari |
Date | 14 Julai |
Frequency | tahunan |
Hari Bastille atau nama rasminya La Fête nationale (Sebutan bahasa Perancis: [fɛːt nasjɔˈnal]; Sambutan Kebangsaan) ialah hari cuti kebangsaan utama negara Perancis yang ditetapkan pada 14 Julai setiap tahun. Hari ini mengingati peristiwa Fête de la Fédération, iaitu jamuan besar yang diadakan pada 1790 untuk merayakan ulang tahun pertama Serbuan penjara Bastille pada tarikh sama tahun sebelumnya yang mencetuskan Revolusi Perancis.