Hari sebelum Krismas

Julaftonen ("Petang sebelum Krismas"), lukisan cat air oleh Carl Larsson, 1904–05

Malam Natal atau Malam Krismas ialah waktu petang atau seluruh hari sebelum perayaan Hari Krismas yang disambut secara meluas di seluruh dunia. Hari ini berlaku pada 24 Disember dalam kalendar mazhab Barat,[1] Hari sedemikian turut disambut secara meluas lalu menjadi cuti am di banyak negara dan juga disambut yang bukan penganut Kristian sebagai sebahagan daripada musim percutian Krismas.[2][3][4][5][6][7]

Perayaan begini bermula sebegini berdasarkan kelaziman kegiatan liturgi Kristian yang bermula pada waktu terbenamnya matahari[8] hasil kesinambungan kepercayaan agama Yahudi;[9] ia turut berlandaskan kisah Penciptaan dalam Kitab Kejadian: "Dan ada petang, dan ada pagi – hari pertama."[10] Struktur hari liturgi diikuti untuk semua hari perayaan sepanjang tahun dalam ritual Timur[11] dan dikekalkan untuk Krismas (juga untuk hari Ahad dan perayaan-perayaan besar lain) di Barat, di mana hari liturgi biasanya bermula pada tengah malam.[12] Banyak gereja masih membunyikan loceng dan mengadakan majlis sembahyang pada waktu petang sebelum hari percutian; misalnya, gereja Lutheran Nordic.[13] Dalam beberapa bahasa, seperti bahasa-bahasa Scandinavia, Petang Hari sebelum Krismas dirujuk sebagai "Petang Krismas" (Christmas Evening)[nota 1]

Oleh sebab tradisi Kristian berpegang bahawa Jesus dilahirkan pada waktu malam (berlandaskan Luke 2:6-8), Misa Tengah Malam (Midnight Mass) dilakukan pada petang Hari sebelum Krismas, secara tradisinya tepat pada waktu tengah malam, bagi meraikan kelahiran Jesus.[14] Idea yang Jesus dilahirkan pada waktu malam digambarkan dalam fakta yang waktu Petang sebelum Krismas dirujuk sebagai "Heilige Nacht" ("Malam Suci") dalam Bahasa Jerman, "Nochebuena" ("Malam Baik") dalam Sepanyol dan sama juga kesnya dengan ungkapan-ungkapan kerohanian Kristian yang lain seperti lagu Silent Night, Holy Night ("Malam Senyap, Malam Suci").

  1. ^ Mary Pat Fisher (1997). Living Religions: an encyclopedia of the world's faiths. I.B.Tauris. Dicapai pada 2010-12-29. Christmas is the celebration of Jesus' birth on earth.
  2. ^ Canadian Heritage – Public holidaysGovernment of Canada. Retrieved 2009-11-27.
  3. ^ 2009 Federal Holidays Diarkibkan 2013-01-16 di Wayback MachineU.S. Office of Personnel Management. Retrieved 2009-11-27.
  4. ^ Bank holidays and British Summer timeHM Government. Retrieved 2009-11-27.
  5. ^ Christmas as a Multi-faith Festival—BBC News. Retrieved November 24, 2011.
  6. ^ Why I celebrate Christmas, by the world's most famous atheistDailyMail. December 23, 2008. Retrieved 2010-12-20.
  7. ^ Non-Christians focus on secular side of ChristmasSioux City Journal. Retrieved 2009-11-18.
  8. ^ "Christian Calendar". Jerusalem Center for Jewish-Christian Relations. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-23. Dicapai pada 2010-12-29.
  9. ^ Kessler, Edward (2005). A dictionary of Jewish-Christian relations. Cambridge, Cambridgeshire, United Kingdom: Cambridge university Press. m/s. 274. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  10. ^ Bible - NIV. 2005.
  11. ^ "The Daily Cycle of Services". Metropolitan Cantor Institute. Dicapai pada 2010-12-29.
  12. ^ "Catholic Liturgy". The Vatican. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-29. Dicapai pada 2010-12-29.
  13. ^ "Helgmålsringning". Natinalencyclopedin. Dicapai pada 2010-12-29.
  14. ^ "Vatican Today". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-01. Dicapai pada 2010-12-29.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "nota", tetapi tiada tag <references group="nota"/> yang berpadanan disertakan


Developed by StudentB