Harimau

Harimau
Harimau Benggala (P. tigris tigris) di Taman Negara Bandhavgarh, India.
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Carnivora
Suborder: Feliformia
Keluarga: Felidae
Genus: Panthera
Spesies:
P. tigris
Nama binomial
Panthera tigris
Subspesies

P. t. tigris
P. t. corbetti
P. t. jacksoni
P. t. sumatrae
P. t. altaica
P. t. amoyensis
P. t. balica
P. t. sondaica
P. t. virgata

Taburan harimau bersejarah (kuning tua) dan 2006 (hijau).[2]
Sinonim
Felis tigris Linnaeus, 1758.[3]

Tigris striatus Severtzov, 1858

Tigris regalis Gray, 1867

Harimau (Jawi: هريماو; Panthera tigris; juga dipanggil harimau belang atau pak belang) merupakan spesies binatang terbesar di kalangan empat jenis "kucing besar" dalam genus Panthera, dan anggota famili Felidae.[4] Harimau yang berasal dari Asia timur dan selatan ini ialah sejenis haiwan pemangsa dan maging. Subspesies harimau yang lebih besar boleh mencecah panjang 3.3 meter (11 kaki) dan berat 300 kilogram (660 paun).[5][6] Selain kebesaran dan kegagahannya, ciri-ciri terpenting yang dimiliki harimau ialah corak belang menegak berwarna hitam yang melapisi bulunya yang berwarna keputihan atau merah kejinggaan.

Harimau yang mempunyai ciri amat mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, terdapat dari kawasan taiga Siberia, ke padang rumput terbuka, ke paya bakau tropika, antara lainnya. Harimau ialah haiwan yang biasanya gemar bersendiri dan berkelakuan kewilayahan, dan sering memerlukan kawasan habitat yang amat luas untuk menampung keperluan memburu mangsanya. Dan kerana mudah didapati di sebilangan kawasan di dunia yang paling padat kependudukan manusianya, menyebabkan sering terjadinya konflik antara harimau dan manusia. Tiga daripada sembilan subspesies harimau moden sudah diisytiharkan pupus dan enam yang selebihnya digolongkan sebagai terancam. Punca-punca utama harimau terancam ialah kemusnahan dan fragmentasi habitat, dan juga kegiatan memburu. Harimau yang pernah menduduki kawasan-kawasan seluas Mesopotamia dan Caucasus hingga Asia Selatan dan Timur, kini semakin berkurangan bilangannya. Walaupun semua spesies yang masih ada diberi perlindungan undang-undang, namun pemburuan, kemusnahan habitat dan kemurungan pembiakbakaan dalam tetap menjadi ancaman.

Walau bagaimanapun, harimau tetap menjadi salah sejenis megafauna berkarisma yang paling terkenal di dunia. Harimau banyak memainkan peranan penting dalam mitos dan budaya rakyat, di samping masih mendapat tempat dalam bidang perfileman dan kesusasteraan moden. Lukisan harimau sering dijumpai pada bendera dan jata negara, sebagai maskot sukan, dan haiwan kebangsaan sebilangan negara Asia, termasuk Malaysia.

  1. ^ Goodrich, J.; Lynam, A.; Miquelle, D.; Wibisono, H.; Kawanishi, K.; Pattanavibool, A.; Htun, S.; Tempa, T.; Karki, J.; Jhala, Y. & Karanth, U. (2015). "Panthera tigris". The IUCN Red List of Threatened Species. IUCN. 2015: e.T15955A50659951. doi:10.2305/IUCN.UK.2015-2.RLTS.T15955A50659951.en. Dicapai pada 15 January 2018.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  2. ^ "Wild Tiger Conservation". Save The Tiger Fund. Dicapai pada 7 September 2009.
  3. ^ Linnaeus, Carolus (1758). Systema naturae per regna tria naturae:secundum classes, ordines, genera, species, cum characteribus, differentiis, synonymis, locis. 1 (ed. ke-10). Holmiae (Laurentii Salvii). m/s. 41. Dicapai pada 8 September 2008.
  4. ^ "Encyclopaedia Britannica Online - Tiger (Panthera tigris)". Dicapai pada 25 September 2007. Unknown parameter |dateformat= ignored (bantuan)
  5. ^ Cat Specialist Group Diarkibkan 2008-02-22 di Wayback Machine.
  6. ^ "BBC Wildfacts – Tiger". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-05. Dicapai pada 2009-12-07.

Developed by StudentB