Hartal (Jawi: هرتل serapan Gujarat: હડતાળ haḍtāḷ atau હડતાલ haḍtāl) ialah tindakan menunjuk perasaan secara beramai-ramai biasanya membabitkan mogok dan penutupan tempat kerja (turunan gabungan bahasa Sanskrit हट्ट haṭṭa "pasar" dan ताल tāla "kunci mangga"[1]) termasuk pejabat, kedai dan mahkamah sebagai satu bentuk keingkaran awam bertujuan menarik perhatian pemerintahan terhadap rasa keengganan rakyat berkaitan suatu dasar atau pendirian.[2]
Istilah ini dimasyhurkan tokoh pejuang kemerdekaan India Mahatma Gandhi lanjut dari tindakan menunjuk perasaan dilakukan warga setempat terhadap pihak British dan raja-raja kecil naungan terhadap dasar-dasar yang dilihat menghimpit termasuk hal percukaian;[3] kefahaman ini turut tersebar ke India, Pakistan, Bangladesh dan Sri Lanka. Rantau Nusantara mula berjinak dengan idea ini selepas Perang Dunia Kedua khususnya di Tanah Melayu dengan gerakan mengingkar pemerintah British yang berlarutan pada dekad-dekad 1940-an hingga 1960-an; pemogokan yang paling dikenali ketika ini adalah Hartal Tanah Melayu 1947[3] membantah usulan Perlembagaan yang dicadangkan penjajah British[4] serta Hartal Pulau Pinang 1967 hasil tindak balas terhadap kejatuhan nilai dolar Malaya dengan beralihnya kepada mata ringgit Malaysia yang diperkenalkan.
|title=
(bantuan)