Keberkecualian rencana ini telah dipertikaikan. |
Hartal Pulau Pinang 1967 berlaku selepas 10 tahun Malaysia merdeka iaitu pada 20 November 1967. Ia berlangsung dari 24 November hingga 13 Disember 1967. 18 bulan selepas Hartal ini, berlaku pula Peristiwa 13 Mei.[1] Perdana Menteri Malaysia ketika itu ialah Tunku Abdul Rahman.Sementara Ketua Menteri Pulau Pinang yang pertama ialah Tan Sri Wong Pau Nee. Ganyang Malaysia 1965 baru sahaja tamat dan Singapura disingkirkan dari Malaysia pada tahun 1965. Kerajaan pusat mengenakan cukai 2 % terhadap barangan dari Indonesia yang masuk melalui Pulau Pinang. Keadaan ini menyebabkan status pelabuhan bebas cukai tergendala.
Tokoh utama ialah Lim Kean Siew iaitu Adun Dato Keramat kemudian menjadi Pengerusi Parti Buruh cawangan Pulau Pinang membuat keputusan melancarkan tindakan 'hartal' sebagaimana pejuang kemerdekaan India Mahatma Gandhi yang mengadakan protes awam. Pelbagai pihak menggesa kerajaan memberi masa kepada rakyat berpendapatan rendah tetapi tidak juga diberi perhatian. Sebenarnya hartal ini bukan 'rusuhan kaum' atau ada unsur subversif komunis.