Hestia | |
---|---|
Dewi perapian rumah dan awam, rumah, api suci dan korban, keperawanan, keluarga, dan negara | |
Ahli 12 Dewa Olympus | |
Tempat tinggal | Delphi dan Gunung Olympus |
Haiwan | Khinzir |
Simbol | Pendiang dan apinya |
Maklumat peribadi | |
Ibu bapa | Kronos dan Rhea |
Adik-beradik | Demeter, Hera, Hades, Poseidon, Zeus |
Equivalents | |
Kesetaraan Rom | Vesta |
Sebahagian daripada siri tentang |
Agama Yunani Kuno |
---|
Dalam agama dan mitologi Yunani kuno, Hestia (Yunani: Ἑστία , yang bermaksud "pendiang api" atau "perapian") ialah dewi perapian dan rumah. Dalam mitos, dia anak sulung kepada dua Titan, Kronos dan Rea, dan salah seorang daripada 12 Dewa Olympus.
Dalam mitologi Yunani, semasa Hestia dan empat adik-beradiknya baru dilahirkan, mereka dimakan oleh ayah mereka Kronos, yang takut akan diguling oleh salah seorang anaknya. Hestia adalah sulung. Yang bongsunya Zeus—dibawa lari oleh ibu mereka—dan membuatkan ayah mereka meluahkan semua adik-beradiknya. Kronos digantikan oleh generasi dewa-dewi baru ini; dan Hestia pun menjadi salah seorang dewa Olympus, para pemerintah baru alam semesta, di samping adik-beradiknya. Meskipun statusnya tinggi, Hestia tidak banyak muncul dalam mitologi Yunani. Seperti Athena dan Artemis, Hestia memilih tidak akan berkahwin dan kekal sebagai dewi dara abadi, selamanya menjaga perapian Olympus.
Sebagai dewi api korban, Hestia menerima persembahan pertama pada setiap korban dalam rumah. Dalam suasana awam, perapian prytaneum berfungsi sebagai keramat rasminya. Setiap kali koloni baru ditubuhkan, nyalaan api dari perapian awam Hestia di ibu kota akan dibawa ke penempatan baru itu. Dewi Vesta setara dengannya dalam kepercayaan Rom.