Kerangka | |
---|---|
Kependekan | HINDRAF |
Jenis/bentuk sah | NGO |
Status undang-undang | Dibatalkan pada 15 Julai 2019 |
Tujuan | Melindungi hak dan warisan masyarakat Hindu. |
Industri | Politik |
Keanggotaan | Gabungan NGO-NGO Hindu |
Tapak web | Hindraf di Facebook www |
Tokoh penting | Peguam: M. Manoharan P. Uthayakumar K.Vasanthakumar P. Wathya Moorthy V. Ganabathirau |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Sri Lanka |
Lokasi | |
sunting · sunting di Wikidata |
Hindraf (singkatan bagi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu; Bahasa Inggeris: Hindu Rights Action Force; Bahasa Tamil: (இந்து உரிமைகள் போராட்டக் குழு (Hindu Urimaigal Poratta Kulu)) merupakan satu kumpulan gerakan gabungan didakwa daripada 30 organisasi bukan kerajaan yang berusaha menegakkan hak-hak pengekalan masyarakat Hindu dan warisan mereka di dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Kumpulan ini yang menggunakan laungan slogan Makkal Sakthi (Bahasa Tamil: மக்கள் சக்தி ), Bahasa Melayu:Kuasa Rakyat; telah mengetuai perjuangan penentangan terhadap "polisi pelupusan kuil-kuil secara tidak rasmi" dan memandang berat tentang "pencerobohan" berterusan undang-undang berdasarkan syariah.[1][2] Pada 6 Disember 2007, kenyataan media yang diberikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyatakan Hindraf bukanlah sebuah pertubuhan berdaftar. Sebaliknya pertubuhan gelap, tidak berdaftar dengan Akta Pertubuhan.[3] Hindraf dibina atas sentimen melampau 5 orang peguam dan seorang eksekutif kanan syarikat swasta di Kuala Lumpur. Pada 15 Oktober 2008, mengisytiharkan Hindraf sebuah pertubuhan haram oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri Syed Hamid Albar dan mesti dielakkan oleh orang ramai.[4] Pada akhir Januari 2013, pengharaman ini ditarik balik.[5]