Rencana ini mungkin memerlukan sunting kopi untuk tatabahasa, gaya, kepaduan, nada, atau ejaan. (Jun 2023) |
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Jepun. (Jun 2023)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Hirohito (bahasa Jepun: 裕仁 ; 29 April 1901 – 7 Januari 1989) merupakan Maharaja Jepun ke-124[1][1] yang memerintah dari tahun 1926 hingga tahun 1989. Sejak kemangkatannya, baginda telah digelarkan sebagai Maharaja Shōwa (昭和天皇 , Shōwa Tennō) di Jepun, nama anumerta yang diberikan kepada baginda atas arahan Kabinet Jepun bertarikh 13 Januari 1989. Walaupun baginda dirujuk secara meluas sebagai Hirohito atau Maharaja Hirohito di luar Jepun, bekas-bekas maharaja hanya dirujuk dengan nama-nama selepas kemangkatan di Jepun. Tempoh pemerintahan baginda merupakan tempoh yang paling lama dalam sejarah Jepun, dan baginda telah menyelia banyak perubahan yang penting dalam masyarakat Jepun.