Hudud


Hudud (Bahasa Arab: حدود Ḥudūd; tunggal: hadd, حد, bererti harfiah "had" atau "batasan") merupakan konsep Islam yang berasaskan al-Quran dan Hadis yang menakrifkan "jenayah terhadap Allah".[1][2] Antaranya adalah jenayah zina, mukah, kehomoseksualan, qazaf (menuduh orang atas persetubuhan haram tetapi gagal menyampaikan empat saksi Muslim),[3][4] murtad, pengambilan khamar (minuman keras), bughat (penderhakaan), penyamunan dan pencurian.[1][5][6]

Dalam hukum Islam iaitu syariah, jenayah hukum mengundang segolongan hukuman yang ditetapkan oleh Allah (dan tidak boleh dicabar atau dipinda) menurut kepercayaan Muslim, antaranya sebatan atau rejaman hingga mati di khalayak umum, pemotongan tangan atau hukuman bunuh di khalayak umum.[7] Akan tetapi hukuman rejam dan bunuh di khalayak umum agak jarang berlaku pada zaman sekarang di kebanyakan negara Islam. Kini ia terdapat di negara-negara Islam yang menurut tafsiran syariah yang paling ketat seperti Arab Saudi dan Iran.[2][8]

Hukum syariah mengenali jenayah-jenayah lain yang tidak tergolong dalam hudud. Antaranya ialah qisas yang dikira sebagai pertikaian peribadi antara dua pihak yang membenarkan tindakan balas sebagai hukuman, dan takzir yang mana hukuman terpulang kepada budi bicara hakim syariah.[1][9]

  1. ^ a b c Mohamed S. El-Awa (1993), Punishment In Islamic Law, American Trust Publications, ISBN 978-0892591428, pp. 1-68
  2. ^ a b Oliver Leaman (2013), Controversies in Contemporary Islam, Routledge, ISBN 978-0415676137, Ch. 9
  3. ^ Z. Mir-Hosseini (2011), Criminalizing sexuality: zina laws as violence against women in Muslim contexts, SUR-Int'l Journal on Human Rights, 8(15), pp 7-33
  4. ^ Kecia Ali (2006), Sexual Ethics and Islam, ISBN 978-1851684564, Chapter 4
  5. ^ Otto, Jan Michiel. Sharia and National Law in Muslim Countries. Amsterdam University Press. m/s. 663, 31. ISBN 978-90-8728-048-2.
  6. ^ Philip Reichel and Jay Albanese (2013), Handbook of Transnational Crime and Justice, SAGE publications, ISBN 978-1452240350, pp. 36-37
  7. ^ Hadd Oxford Dictionary of Islam, Oxford University Press (2012)
  8. ^ John L. Esposito (2004), The Islamic World: Past and Present, Oxford University Press, ISBN 978-0397512164, pp. 82-83
  9. ^ Muhammad Al-Madni Busaq, Perspectives on modern criminal policy & Islamic Sharia, Naif Arab University, ISBN 978-9960853178, pp. 126-135

Developed by StudentB