Hutan hujan

The Amazon Rainforest
Kanopi-kanopi Hutan Hujan Amazon.

Hutan hujan adalah hutan yang banyak menerima hujan selalunya antara 1,750-2,000 mm setahun. Hutan ini adalah rumah kepada banyak tumbuhan dan haiwan. Salah satu hutan hujan terkenal adalah Hutan hujan Amazon yang berada di Brazil, Ecuador, Colombia, Chile dan negara-negara lain.

Sebanyak 40% hingga 75% spesies di habitat dunia adalah spesies asal hutan hujan. Dianggarkan terdapat berjuta-juta spesies tumbuhan, serangga, dan mikroorganisme yang masih belum dijumpai. Hutan hujan tropika disebut sebagai "permata bumi", dan "farmasi terbesar dunia", kerana lebih dari satu perempat daripada ubat-ubatan semulajadi telah ditemui di sana. Hutan hujan juga bertanggungjawab mengitar 28% oksigen dunia yang diproses melalui fotosintesis daripada karbon dioksida dan menyimpannya sebagai karbon.

Semak-semak di hutan hujan tumbuh terhad di banyak kawasan kerana kurangnya sinar matahari di permukaan tanah. Perkara ini membolehkan untuk berjalan di kawasan hutan. Jika kanopi daun musnah atau menipis, tanah di bawah akan ditumbuhi oleh tumbuhan menjalar, semak, dan pohon-pohon kecil padat yang disebut hutan. Terdapat dua jenis hutan hujan iaitu hutan hujan tropika dan hutan hujan subtropika.


Developed by StudentB