ISO 3166-2:PS ialah entri untuk Negara Palestin dalam ISO 3166-2, sebahagian daripada piawaian ISO 3166 yang diterbitkan oleh Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa (ISO), yang mentakrifkan kod untuk nama subbahagian utama (contohnya, wilayah atau negeri) bagi semua negara berkod dalam ISO 3166-1.
Kod-kod ISO 3166-2 ditakrifkan untuk setiap 16 kegabenoran Negara Palestin.
Setiap kod terdiri daripada dua bahagian, dipisahkan oleh tanda sempang. Bahagian pertama ialah PS, kod ISO 3166-1 alfa-2 Negara Palestin. Bahagian kedua ialah tiga huruf.