Yang Berbahagia Dato' Dr. Ibrahim Ali DPMS (Selangor); DMSM (Melaka) | |
---|---|
Fail:IbrahimAli.jpg | |
Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia | |
Menyandang jawatan 17 Ogos 2018 (Presiden Penaja) | |
Didahului oleh | Parti baharu |
Ahli Parlimen Malaysia bagi P22 Pasir Mas | |
Dalam jawatan 2008–2013 | |
Didahului oleh | Ismail Noh |
Digantikan oleh | Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz |
Majoriti | 8,991 (PRU-12) |
Dalam jawatan 1986–1995 | |
Didahului oleh | Wan Ibrahim Wan Abdullah |
Digantikan oleh | Zainuddin Mohamad Nor |
Ahli Dewan Negara | |
Lantikan Yang di-Pertuan Agong | |
Dalam jawatan 4 September 1995 – 3 September 1998 | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kampung Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan | 25 Januari 1951
Parti politik | UMNO (1987-1990, 1996-2003) S46 (1990-1996) PAS (2008) BEBAS (2004-2018) PUTRA (2018-kini) |
Pekerjaan | Ahli politik |
1Menang dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008 sebagai seorang calon PAS namun menjadi wakil BEBAS di Parlimen | |
Dato' Dr. Ibrahim Ali[1] (lahir 25 Januari 1951) ialah seorang ahli politik Melayu Malaysia, berasal dari Tumpat, Kelantan. Beliau terkenal sebagai pengasas dan presiden pertubuhan hak Melayu Perkasa.[2][3]
Datuk Ibrahim Ali dilahirkan pada 25 Jan 1951 di Kampung Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan. Beliau anak kelima dan anak tertua dari 13 anak. Bapanya ketua kampung di situ. Ada ramai keturunan Siam di sekitar kampungnya. Menurut sejarah, Pattani, Songkhla, dan Narathiwat dimiliki oleh kerajaan Kelantan sebelum diberikan kepada Thailand selepas perang. Bapanya pernah ditahan di bawah Akta 1958 kerana menjadi penyokong PAS. Bapanya pernah menjadi penganjur pertunjukan wayang kulit dan pertandingan tomoi Siam.
Reputasi dan kredibiliti Ibrahim Ali terjejas selepas gagal menghadiri Perhimpunan Bersih 2011 pada 9 Julai 2011 walaupun sebelum itu telah mengugut untuk membawa rombongan seramai 15 ribu ahli Perkasa untuk melawan peserta perhimpunan Bersih. Beliau juga telah menasihat kaum Cina supaya menyimpan bekalan makanan dengan berkata "Cuba bayangkan jika berlaku huru-hara, jika himpunan Bersih 2.0 tidak dibatalkan, saya percaya kaum Cina perlu simpan bekalan makanan".[4] Mysinchew.com kemudian melaporkan bahawa beliau mengancam orang-orang Cina. Setelah ucapan demi ucapan berapi-api yang diberikan beliau, beliau tidak pula muncul pada hari yang dijanjikan. Setelah dihubungi media, beliau mendakwa yang beliau tidak sihat serta sebelum itu, tidak mendapat kebenaran isterinya.[5][6]