Yang Berhormat Tan Sri Dato' Seri Idris bin Jusoh PSM; SSMZ, DPMT, PJK (Terengganu) | |
---|---|
Fail:- | |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Besut, Terengganu | |
Dalam jawatan 2013 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Abdullah Md Zin |
Digantikan oleh | Che Mohamad Zulkifly Jusoh |
Dalam jawatan 1995–1999 | |
Didahului oleh | Mohd Yusof Noor |
Digantikan oleh | Hassan Mohamed |
Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)[1] | |
Dalam jawatan 1 Mei 2020 – 30 Jun 2023 | |
Didahului oleh | Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor |
Digantikan oleh | Ahmad Shabery Cheek |
Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia | |
Dalam jawatan 29 Julai 2015 – 10 Mei 2018 | |
Timbalan | Mary Yap Kain Ching |
Didahului oleh | Mohamed Khaled Nordin |
Digantikan oleh | Maszlee Malik |
Menteri Pendidikan II | |
Dalam jawatan 16 Mei 2013 – 28 Julai 2015 | |
Menteri Besar | Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Timbalan |
|
Timbalan Perdana Menteri | Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Didahului oleh | Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Digantikan oleh | Mahdzir Khalid |
Menteri Besar Terengganu ke-12 | |
Dalam jawatan 2004–2008 | |
Didahului oleh | Abdul Hadi Awang (PAS) |
Digantikan oleh | Ahmad Said |
Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi Jerteh | |
Dalam jawatan 2004–2013 | |
Didahului oleh | Salleh Abas |
Digantikan oleh | Muhammad Pehimi Yusof |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kampung Tok Has, Jerteh, Besut, Terengganu, Malaysia | 15 November 1955
Parti politik | Barisan Nasional UMNO |
Pasangan | Puan Sri To' Puan Seri Che Kamariah Zakaria |
Laman web | DUN Terengganu |
Tan Sri Dato' Seri Idris bin Jusoh (lahir 15 November 1955) merupakan Pengerusi Felda yang telah dilantik pada 1 Mei 2020 menggantikan Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor. Beliau juga merupakan mantan Menteri Pendidikan Tinggi dari tahun 2015 hingga 2018, mantan Menteri Pendidikan II (gabungan Menteri Pelajaran & Pengajian Tinggi) bermula dari 16 Mei 2013 sehingga 28 Julai 2015. Sebelum ini, beliau pernah menjawat jawatan Menteri Besar Terengganu dari tahun 2004 hingga 2008,Timbalan Menteri Usahawan dari tahun 1995 hingga 1999. Idris menjadi terkenal dalam politik UMNO dan Malaysia ketika beliau memimpin negeri Terengganu melalui parti Barisan Nasional yang berjaya menguasai Terengganu dari parti PAS dan dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu. Beliau memegang jawatan itu sejak Mac 2004 dengan majoriti 2 per 3 Dewan Undangan Negeri Terengganu. Beliau juga merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Terengganu yang berjaya memimpin negeri Terengganu mengembalikan penguasaan BN dari kerajaan PAS yang dipimpin Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada tahun 2004. Pada pilihan raya umum Mac 2008, BN Terengganu di bawah kepimpinan Dato' Seri Idris bin Jusoh sekali lagi memenangi pilihan raya umum tersebut dengan majoriti 2 per 3 dewan, ketika BN di negeri-negeri lain seperti Selangor,Kedah,Pulau Pinang dan Perak mengalami tsunami politik dan jatuh ke pihak pembangkang ketika itu iaitu Pakatan Rakyat (PR). Walaupun dicalonkan oleh Perdana Menteri Malaysia dan mendapat sokongan majoriti ADUN yang menang untuk menyandang Menteri Besar Terengganu selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, cadangan tersebut tidak diperkenankan oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) ketika itu. Beliau kemudian dilantik untuk memegang jawatan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) dari Julai 2008 sehingga Mac 2013. Pada Pilihan raya umum ke-14, Idris Jusoh sekali lagi menang dan dipilih sebagai wakil rakyat parlimen Besut dan berjaya membawa inspirasi kemenangan 3 DUN di bawah parlimen Besut iaitu Jerteh, Kuala Besut dan Hulu Besut. Namun begitu, negeri Terengganu berpihak kepada kerajaan dibawah pimpinan Parti Islam Se-Malaysia.