Iklim Mediterranean ialah iklim yang biasanya dialami di kawasan sekeliling Lembangan Mediterranean. Lembangan inilah yang merupakan kawasan terbesar yang mengalami iklim ini. Selain kawasan Mediterranean, jenis iklim ini juga menguasai California, beberapa bahagian Australia Barat dan Australia Selatan, kawasan barat daya Afrika Selatan dan kawasan tengah Chile.