Imej

Imej atas diperoleh melalui fotografi. Imej bawah dilukis.
Imej

Imej (Jawi: ايميج; daripada bahasa Inggeris image, dan bahasa Latin imago), gambar (Jawi: ݢمبر‎), citra (Jawi: چيترا‎, serapan Sanskrit: चित्र "terang"[1]) atau bayangan (Jawi: بايڠن‎) merupakan benda buatan manusia, biasanya dua dimensi, yang mempunyai persamaan dengan suatu subjek—biasanya objek fizikal atau manusia.

Imej dapat berupa dua dimensi, seperti gambar foto atau tampilan di layar, dan dapat pula tiga dimensi, seperti patung. Imej dapat ditangkap dengan alat optik—seperti kamera, cermin, kanta, teleskop, mikroskop, dsb. dan objek atau fenomena alami seperti mata atau permukaan air.

Imej dalam konteks pemprosesan isyarat pula adalah amplitud warna yang diedarkan.[2] Skrip bergambar adalah sistem tulisan yang menggunakan gambar sebagai simbol untuk pelbagai entiti semantik, dan bukannya tanda abstrak yang digunakan oleh huruf.

  1. ^ Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 53–54. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 396.
  2. ^ "What is a Signal? [Lecture Notes]".

Developed by StudentB