Republik Indonesia رفوبليك اندونيسيا | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: Bhinneka Tunggal Ika (Jawa Kuno) (“Bersatu padu dalam kepelbagaian”) Ideologi: Pancasila | |||||
Lagu kebangsaan: Indonesia Raya | |||||
Ibu negara | Jakarta (Ibu negara lama) Nusantara (Ibu negara baru) 0°51′00″S 116°42′00″E / 0.8500°S 116.7000°E | ||||
Bandar terbesar | Jakarta | ||||
Bahasa rasmi dan Bahasa kebangsaan | Bahasa Indonesia | ||||
Bahasa lainnya | Lebih daripada 700 bahasa | ||||
Kumpulan etnik (2010) | Lebih daripada 1,300 suku bangsa | ||||
Agama | 87% Islam 10.5% Kristian 1.7% Hindu 0.7% Buddha 0.1% Aliran Kepercayaan, Konfusianisme dan Lain-lain | ||||
Demonim | Orang Indonesia Indon | ||||
Kerajaan | Republik kesatuan | ||||
• Presiden | Prabowo Subianto | ||||
Gibran Rakabuming Raka | |||||
Badan perundangan | Majlis Musyawarah Rakyat (MMR) | ||||
Dewan Perwakilan Daerah (DPD) | |||||
Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) | |||||
Pendirian | |||||
17 Ogos 1945 | |||||
27 Disember 1949 | |||||
• (RIS) dibubarkan | 17 Ogos 1950 | ||||
11 Mac 1966 | |||||
• Reformasi | 12 Mei 1998 | ||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 1,904,569[2] km2 (735,358 bt2) (ke-14) | ||||
4.85 | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan S2 2023 | 279,118,866 [3] | ||||
• Bancian Penduduk 2020 | 270,203,917 (ke-4) | ||||
141/km2 (365.2/sq mi) (ke-88) | |||||
KDNK (PPP) | 2023 | ||||
• Jumlah | ▲ US$4.393 trilion[4] (ke-7) | ||||
▲ US$15,835[4] (ke-98) | |||||
KDNK (nominal) | 2023 | ||||
• Jumlah | ▲ US$1.417 trilion[4] (ke-16) | ||||
▲ US$5,108[4] (ke-112) | |||||
Gini (2021) | 37.9[5] sederhana | ||||
HDI (2021) | ▼ 0.705[6] tinggi · ke-107 | ||||
Mata wang | Rupiah Indonesia (Rp) ( IDR ) | ||||
Zon waktu | UTC+7, +8, dan +9 (pelbagai) | ||||
Format tarikh | hh/bb/tttt | ||||
Arah memandu | Kiri | ||||
Kod panggilan | +62 | ||||
Kod ISO 3166 | ID | ||||
DPT internet | .id | ||||
Laman sesawang rasmi indonesia.go.id |
Indonesia, secara rasminya Republik Indonesia (Jawi: رفوبليك اندونيسيا )—juga disebut Negara Kesatuan Republik Indonesia, sahaja ialah sebuah negara kepulauan terbesar di dunia,[7] yang terletak di antara tanah besar Asia Tenggara dan Australia dan antara Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Ibu negara dan pusat pentadbiran Indonesia ialah Jakarta. Indonesia bersempadankan Malaysia di Pulau Borneo, Papua New Guinea di Pulau Papua, dan Timor Leste di Pulau Timor. Negara jiran lain termasuklah Singapura, Filipina, Australia, wilayah India Kepulauan Andaman dan Nicobar, dan Palau.
Dengan 17,504 pulau, Indonesia merupakan negara kepulauan terbesar di dunia. Dengan anggaran jumlah penduduk seramai 279 juta orang pada 2023, ia merupakan negara keempat paling banyak penduduk dan negara berpenduduk Muslim yang terbesar di dunia. Ia merupakan negara demokrasi ketiga terbesar di dunia, kuasa serantau dan dianggap kuasa pertengahan dalam hal ehwal global. Ekonomi Indonesia adalah ke-16 terbesar di dunia mengikut KDNK nominal dan ke-7 terbesar oleh PPP. Indonesia merupakan sebuah republik, dengan parlimen dan presiden yang dipilih secara langsung.