Ingatan baca sahaja

Jenis ingatan
Meruap
Tidak meruap

Ingatan baca sahaja (read-only memory, ROM) merupakan sejenis ingatan komputer yang bersifat baca sahaja (read-only). Ini bermaksud kandungannya boleh dibaca berkali-kali tetapi tidak boleh diubah (dengan senang).[1] Oleh itu ingatan jenis ini biasanya digunakan dalam pengedaran perisian tegar (firmware), iaitu perisian yang berkait rapat dengan perkakasan, dan kurang kemungkinan memerlukan peningkatan.

ROM semikonduktor moden biasanya berbentuk paket IC, iaitu "cip komputer", dan tidak dapat dibezakan sekali pandang dengan cip lain seperti RAM kecuali dengan melihat teks tercetak pada cip tersebut. "ROM" dalam erti sebenarnya cuma boleh dibaca, tetapi semua ROM perlu membolehkan data ditulis ke dalamnya sekurang-kurangnya sekali, sama ada semasa pembuatan awal di kilang atau dalam satu peringkat yang dipanggil "pemprograman". Sesetengah ROM boleh dipadam dan diprogram semula beberapa kali, namun ia masih tetap dirujuk sebagi "baca sahaja" kerana proses pemprograman semula itu agak jarang, dan memerlukan kandungannya dipadam penuh dan ditulis semula, bukannya penulisan atau pemadaman bit atau perkataan yang kerap seperti RAM.

Secara umumnya, ingatan baca sahaja atau ROM adalah jenis ingatan yang tidak meruap, bermaksud kandungan data yang disimpan di dalam ROM dapat dikekalkan apabila bekalan kuasa dimatikan, berbeza dengan kandungan data di dalam RAM yang akan hilang apabila bekalan kuasa dimatikan.

  1. ^ G. S. Rao, A. K. Rao, Ng Chee Aun & Cheng Yok San (1991). "ingatan baca sahaja". Kamus Komputer Sekolah Menengah. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. m/s. 22. ISBN 967-65-1306-7.CS1 maint: uses authors parameter (link)

Developed by StudentB