Secara amnya, Internet (Jawi: اينترنيت ; singkatan ungkapan Inggeris inter-network) ialah suatu rangkaian komputer besar yang saling berhubung menerusi beberapa rangkaian kecil setempat.[1] Manakala Internet (huruf 'I' besar) ialah sistem komputer umum, yang berhubung secara sejagat dan menggunakan TCP/IP sebagai protokol pertukaran paket (packet switching communication protocol). Rangkaian internet yang terbesar dinamakan Internet. Cara menghubungkan rangkaian dengan kaedah ini dinamakan internetworking. 80% daripada maklumat di internet adalah dalam bahasa Inggeris dan hanya 20% daripada keseluruhan adalah bahasa lainnya.
Nama Internet muncul dalam manual radio sediaan Jabatan Perang Amerika Syarikat tahun 1945,[2] ia turut ditakrif lakuran Internetwork atau "antarangkaian" dalam dokumen RFC 675 tahun 1974[3]– ia pernah dipinjam terjemah di India dalam bahasa Hindi diakar Sangsakerta sebagai अन्तर्जाल antarjāla.[4]