Ireland Utara

Ireland Utara
أيرلندا اوتارا
Tuaisceart Éireann
Norlin Airlann
Northern Ireland
Cogan kataQuis separabit?
Lagu kebangsaanGod Save the King
Londonderry Air (de facto)
Ibu negara
dan bandar terbesar
Belfast
Bahasa rasmiBahasa Inggeris (de facto), Ireland dan Ulster Scotland (bahasa tempatan)
KerajaanRaja berperlembagaan
• Ratu
Charles III
Rishi Sunak
• Menteri Besar
Arlene Foster
Penubuhan
• Akta Kerajaan Ireland
1920
• Perairan (%)
1.9
Populasi
• Perkiraan 2004
1,710,300 (-)
• Bancian Penduduk 2001
1,685,267
KDNK (PPP)2002
• Jumlah
$33.2 bilion (-)
$19,603 (-)
Mata wangPaun Sterling
(GBP)
Zon waktuGMT
• Musim panas (DST)
UTC+1 (BST)
Kod panggilan353 48, +44 28
Kod ISO 3166GB-NIR
DPT internet.ie .uk .eu
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "country_code"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "areami²"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "area"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "population_density"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "population_densitymi²"

Ireland Utara (bahasa Inggeris: Northern Ireland, bahasa Ireland: Tuaisceart Éireann) merupakan sebuah negeri di United Kingdom. Ia terletak di pulau Ireland dan bersempadan dengan Republik Ireland.

Di Ireland Utara terdapat enam dari sembilan kaunti yang wujud daripada Provinsi Ulster yang bersejarah. Ireland Utara terbentuk sebagai sebahagian daripada Kesatuan Kerajaan Great Britain dan Ireland Utara pada tanggal 3 Mei 1921 berdasarkan Undang-Undang Pemerintah Ireland 1920,[1] meskipun asas perlembagaan ada pada Undang-Undang Penyatuan 1800 antara UK dengan Ireland. Selama lebih daripada 50 tahun, Ireland Utara memiliki kerajaan dan parlimen sendiri yang ternyahevolusi. Lembaga-lembaga ini digantung sementara pada 1972 dan dihapuskan pada 1973. Usaha-usaha yang untuk meletakkan kembali prinsip berkerajaan sendiri pada akhirnya menghasilkan Undang-Undang Ireland Utara 1998 yang mengamanatkan pembentukan Eksekutif Ireland Utara dan Majlis Ireland Utara. Majlis ini bekerja menurut prinsip demokrasi konsosiasional yang memerlukan sokongan antara masyarakat.

Ireland Utara selama beberapa tahun menjadi tempat pergaduhan dan konflik etnopolitik yang getir akibat pemisahan antara kaum nasionalis, bermajoriti Katolik Rom dengan kaum prokesatuan bermajoriti Protestan yang pernah menjadi keyakinan yang lazim. Kaum prokesatuan inginkan Ireland Utara tetap menjadi sebahagian daripada UK,[2] sementara kaum nasionalis ingin agar Ireland Utara bersatu dengan bahagian lain Pulau Ireland sebagai sebuah negara Ireland yang utuh secara geopolitik dan bebas daripada kekuasaan British.[3][4][5][6] Sejak ditandatanganinya Perjanjian Belfast pada tahun 1998, sebagian besar kelompok separa tentera yang terlibat dalam konflik etnopolitik telah menghentikan kempen ketenteraan mereka.

Oleh kerana sejarah yang unik, isu perlambangan, nama dan penjelasan tentang Ireland Utara adalah rumit seperti isu kewarganegaraan dan identiti diri. Secara umum, kaum prokesatuan memandang diri sebagai bangsa British sedangkan kaum nasionalis memandang diri sebagai berbangsa Ireland, meskipun kedua-dua identiti ini tidak selalu terpisah. Selain itu, banyak orang daripada kedua-dua golongan memandang mereka sebagai orang Ireland Utara.[7]

  1. ^ Statutory Rules & Orders published by authority, 1921 (No. 533); Additional source for 3 May 1921 date: Alvin Jackson, Home Rule – An Irish History, Oxford University Press, 2004, hal. 198.
  2. ^ Standing up for Northern Ireland Diarkibkan 2009-05-04 di Wayback Machine www.uup.org. Diakses pada tanggal 2 Ogos 2008.
  3. ^ Richard Jenkin, 1997, Rethinking ethnicity: arguments and explorations, SAGE Publicatoins: London: "In Northern Ireland the objectives of contemporary nationalists are the reunification of Ireland and the removal of British government."
  4. ^ Peter Dorey, 1995, British politics since 1945, Blackwell Publishers: Oxford: "Just as some Nationalists have been prepared to use violence in order to secure Irish reunification, so some Unionists have been prepared to use violence in order to oppose it."
  5. ^ "Strategy Framework Document: Reunification through Planned Integration: Sinn Féin's All Ireland Agenda". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-07-16. Dicapai pada 2011-10-30. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan) Sinn Fein. Dicapai pada 2 Ogos 2008.
  6. ^ Policy Summaries: Constitutional Issues Diarkibkan 2009-06-18 di Wayback Machine SDLP. Retrieved 2 August 2008.
  7. ^ "Which of these best describes the way you think of yourself?". Northern Ireland Life and Times Survey. 2011. Dicapai pada 21 Ogos 2011.

Developed by StudentB