Ishak Haji Muhammad

Yang Hormat Dato' Dr (HC)

Ishak Haji Muhammad

DIMP (Pahang); HonDLitt (UM)
Kelahiran14 November 1909
Kampung Bukit Seguntang, Temerloh, Pahang
Meninggal dunia7 November 1991(1991-11-07) (umur 81)
Kampung Jawa, Hulu Langat, Selangor
Nama lainPak Sako
Terkenal keranapenerima anugerah Pejuang Sastera

Dato' Ishak Haji Muhammad (14 November 1909 – 7 November 1991) atau lebih dikenali sebagai Pak Sako merupakan seorang penulis yang giat menulis sekitar tahun 1930-an sehingga 1950-an. Ishak Haji Muhammad ialah seorang nasionalis negara. Kelibatnya bermula pada era sebelum kemerdekaan dan pascamerdeka. Gagasan yang ingin diperjuangkan oleh Pak Sako ialah penyatuan Melayu Raya yang mana Indonesia, Malaysia dan Brunei disatukan dalam satu serumpun.

Pak Sako sebenarnya ialah julukan kepada nama Isako-san yang dipanggil orang-orang Jepun. Pak Sako juga dikenali juga dengan nama samaran seperti Anwar, Hantu Raya, Isako San dan Pandir Moden.


Developed by StudentB