Islam dan Agama Yahudi

Sejarah interaksi agama Yahudi dan Islam bermula pada abad ke-7 Masihi dengan permulaan dan penyebaran agama Islam di Semenanjung Arab. Ada sekitar empat puluh tiga rujukan kepada Israel dalam al-Quran (tidak termasuk nabi individu),[1] dan banyak di Hadis. Daripada penurunan Taurat di Gunung Sinai, sampai saat ini, sejarah Yahudi telah berlangsung sekitar 3400 tahun. Selama 2000 tahun pertama ini sejarah Islam tidak ada. Akibatnya tidak ada perbincangan Islam dalam teks pengasas agama Yahudi. Namun, kemudian penguasa rabbi dan cendekiawan Yahudi seperti Maimonides membahas hubungan antara Islam dan undang-undang Yahudi secara menyeluruh. Orang-orang Ibrani purba dan orang Arab pada umumnya digolongkan sebagai orang semitik.

Kerana Islam mempunyai landasan dalam agama Yahudi dan mereka berkongsi asal-usul yang sama di Timur Tengah melalui Nabi Ibrahim, kedua-duanya dianggap sebagai agama Ibrahimik. Terdapat banyak aspek yang dikongsi bersama di antara agama Yahudi dan Islam: Agama Yahudi hampir sama dengan Islam dalam pandangan agama asas, struktur, jurisprudens dan amalan.[2][3] Oleh itu, dan serta melalui pengaruh budaya dan falsafah Muslim pada masyarakat Yahudi dalam dunia Islam, pertindihan fizikal, teologi dan politik telah dan terus terjadi antara kedua-dua agama dalam 1,400 tahun berikutnya.

  1. ^ Yahud, Encyclopedia of Islam
  2. ^ Prager, D; Telushkin, J. Why the Jews?: The Reason for Antisemitism. New York: Simon & Schuster, 1983. m/s. 110-126.
  3. ^ Jewish-Muslim Relations, Past & Present, Rabbi David Rosen

Developed by StudentB