Islam di Brazil


Menurut statistik rasmi pada tahun 2000, terdapat 27,239 Muslim yang menetap di Brazil. Di negara ini tumpuan penduduk muslim adalah terletak pada Negeri São Paulo dan Paraná. Sebahagian besar daripada mereka merupakan immigran Lubnan yang berhijrah daripada negara asal mereka akibat perang saudara Lubnan. Walaupun demikian, sesetengah surat khabar menganggar jumlah penduduk muslim di Brazil adalah di antara 56,000 hingga 70,000. Bagi autoriti Islam yang lain pula, bilangan muslim di Brazil pada tahun 2018, adalah sekitar 1 juta kepada 1.5 juta termasuk penganut tempatan.


Developed by StudentB