Islam di Romania

Masjid Carol I di Constanţa

Islam di Romania memiliki peratusan sebesar 0.3 peratus dari jumlah penduduk di Romania. Kebanyakan penganut Islam di Romania merupakan orang beretnik Tatar dan Turki dan menganut Islam Sunni. Agama Islam merupakan salah satu daripada 16 buah agama yang diakui oleh Romania.

Islam sudah ada di wilayah Dobrogea Utara (sebuah wilayah di pantai Laut Hitam) selama 700 tahun. Kehadiran Islam di Dobrogea Utara dipengaruhi oleh imigrasi Empayar Uthmaniyyah, tetapi pelan-pelan berkurang pada akhir abad ke-19.


Developed by StudentB