Ismail Sabri Yaakob | |
---|---|
اسماعيل صبري يعقوب | |
Perdana Menteri Malaysia ke-9 | |
Dalam jawatan 21 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022 (Sementara : 10 Oktober 2022 – 24 November 2022) (1 tahun, 1 bulan dan 19 hari) | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Timbalan | Tidak ada |
Didahului oleh | Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Digantikan oleh | Dato Seri Anwar Ibrahim |
Ahli Parlimen Malaysia bagi P90 Bera, Pahang | |
Menyandang jawatan 21 Mac 2004 (20 tahun, 7 bulan dan 29 hari) | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Majoriti | 4,982 (2004) 4,313 (2008) 2,143 (2013) 2,311 (2018) 16,695 (2022) |
Naib Presiden UMNO (Menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO mulai 20 Disember 2018-30 Jun 2019) | |
Dalam jawatan 30 Jun 2018 – 18 Mac 2023 (4 tahun, 8 bulan dan 16 hari) | |
Presiden | Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi |
Didahului oleh | Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Dato Sri Hishammuddin Hussein Mohd Shafie Apdal |
Digantikan oleh | Wan Rosdy Wan Ismail Johari Abdul Ghani |
Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-13 | |
Dalam jawatan 7 Julai 2021 – 16 Ogos 2021 | |
Menteri Kanan Kluster Keselamatan | |
Dalam jawatan 2020–2021 | |
Menteri Pertahanan | |
Dalam jawatan 2020–2021 | |
Ketua Pembangkang | |
Dalam jawatan 2019–2020 | |
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah | |
Dalam jawatan 2015–2018 | |
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani | |
Dalam jawatan 2013–2015 | |
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan | |
Dalam jawatan 2009–2013 | |
Menteri Belia dan Sukan | |
Dalam jawatan 2008–2009 | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Ismail Sabri bin Yaakob 18 Januari 1960 Temerloh, Pahang, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
Parti politik | UMNO (1980-kini) |
Gabungan politik lain | Barisan Nasional (1980-kini) Muafakat Nasional (2020-2021) Perikatan Nasional (2020-2021) |
Pasangan | Muhaini Zainal Abidin (k. 1986) |
Pertalian |
|
Anak | 4 (termasuk Gadaffi) |
Ibu bapa Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali |
|
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Peguam |
Gaji | RM40,122.05 sebulan[1] |
Tandatangan | |
Negara Anggota ASEAN |
Portal Malaysia |
Perdana Menteri Malaysia ke-9
Jawatan terdahulu
Kabinet Gabungan politik Keluarga
|
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob (Jawi: اسماعيل صبري بن يعقوب ; lahir 18 Januari 1960) merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-9 dari Ogos 2021 hingga November 2022. Pada peringkat parti, beliau ialah Naib Presiden UMNO dari 2018 hingga 2023. Pelantikan beliau pada Ogos 2021 merupakan salah satu detik bersejarah apabila beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama lahir selepas kemerdekaan tahun 1957 dan bekas Ketua Pembangkang pertama dilantik ke jawatan tersebut. Beliau dahulu juga pernah menyandang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kanan Keselamatan ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri ke-8, iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu pandemik COVID-19 serta sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri ke-6, Dato' Sri Najib Tun Razak.
Beliau merupakan Ketua Pembangkang ke-15 dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dari Mac 2019 hingga kejatuhannya pada Februari 2020 di tengah-tengah krisis politik Malaysia 2020. Dalam kerajaan PN, beliau dilantik sebagai Menteri Kanan yang menjaga Keselamatan dari Mac 2020 hingga kenaikan pangkatnya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada Julai 2021, di mana beliau menonjol dalam respons negara terhadap pandemik COVID-19. Beliau mengetuai puak partinya (UMNO) yang terus menyokong Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jun 2021, apabila parti itu menarik balik sokongannya terhadap pengendalian kerajaan terhadap wabak itu. Selepas ini memuncak dengan kejatuhan kerajaan dan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin, beliau berjaya memasuki rundingan untuk menjadi Perdana Menteri pada Ogos 2021 selepas mendapat sokongan majoriti tipis ahli Parlimen.
Ismail Sabri telah mengundang kontroversi kerana komennya yang menyokong hak ketuanan Melayu di Malaysia. Pada 10 Oktober 2022, Ismail Sabri Telah Mengumumkan Parlimen Ke 14 Dibubarkan Mulai 10 Oktober 2022 Untuk Memberi Laluan Kepada PRU15 Setelah Mendapat Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah.
Pada 2 Januari 2024, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sedang menyiasat dakwaan rasuah dalam kontrak berkaitan dengan promosi konsep "Keluarga Malaysia" yang diperkenalkan oleh Ismail Sabri pada Ogos 2021.[2]
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama sprm