Sebahagian daripada siri berkaitan |
Islam |
---|
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Sebahagian dari siri mengenai |
Muhammad |
---|
Israk dan Mikraj (Jawi: اسراء دان معراج ) merupakan peristiwa penting dalam kepercayaan agama Islam yang dipercayai terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian Muhammad. Peristiwa ini merupakan peristiwa yang penting dan selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 622 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Makkah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid ibn Harithah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah. Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalam surah Al-Israa’ ayat 1 (Al-Quran:17:1). Surah An-Najm (al Quran:53:13-18) juga menceritakan peristiwa ini. 5 “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (9 Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Baitulmaqdis), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya dia maha jualah yang Maha Mendengarkan suara rakyat suar aku lagi Maha Mengetahui.” ( Al-Quran, Surah Al Israa’: 1)
Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Makkah sebelum terbit fajar. Israk bermaksud perjalanan Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis di Palestin kini manakala Mikraj bermaksud perjalanan Baginda dari Masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitulmaqdis. Selepas peristiwa ini, semasa Nabi tinggal di Madinah, arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok Barat masjid, buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rakaat di beberapa tempat persinggahan seperti di Madinah, Madyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa, Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam, Nabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya.
Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy. Di Baitul Makmur, Nabi melihat malaikat bertawaf dan moyangnya Nabi Ibrahim bersandar di situ .Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya . Nabi juga 'dibedah' untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak , baginda pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan ibu susunya Halimahtus Sa'adiah.
Nabi telah bertemu dan bercakap dengan Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa.
Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam takwim Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah bagi Muhammad yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Muhammad sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah kepada Muhammad.
Dalam perjalanan Isra' mahupun Mikraj seperti tercantum dalam buku 'Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53), Nabi Muhammad didampingi Malaikat Jibril dan Mikail menunggang seekor haiwan yang disebut 'Buraq'.
Dalam masyarakat Islam, peristiwa ini tercatat dalam takwim Islam. Umat Islam akan sembahyang sunat. Ceramah khas selalu diadakan bagi mengenang peristiwa tersebut.
Israk membawa pengertian Perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa..