Republik Itali ريڤوبليك إيتالي Repubblica italiana | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Lagu kebangsaan: [Il Canto degli Italiani] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) Lagu Rakyat Itali | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Rom | ||||
Bahasa rasmi | Itali[1] | ||||
Kerajaan | Republik berparlimen unitari | ||||
• Presiden | Sergio Mattarella | ||||
Mario Draghi | |||||
Badan perundangan | Parlimen | ||||
Senat Republik | |||||
Dewan Rakyat | |||||
Pembentukan | |||||
17 Mac 1861 | |||||
• Republik | 2 Jun 1946 | ||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 301,338 km2 (116,347 bt2) (ke-71) | ||||
2.4 | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2016 | 60,589,445 ▲[2] (ke-23) | ||||
201.3/km2 (521.4/sq mi) (ke-63) | |||||
KDNK (PPP) | 2018 | ||||
• Jumlah | $2.399 trilion [3] (ke-12) | ||||
$39,499[3] (ke-32) | |||||
KDNK (nominal) | 2018 | ||||
• Jumlah | 2.181 trilion[4] (ke-8) | ||||
$35,913[3] (ke-25) | |||||
Gini (2016) | 33.1[5] sederhana | ||||
HDI (2015) | ▲ 0.887[6] sangat tinggi · ke-26 | ||||
Mata wang | Euro (€)2 ( EUR ) | ||||
Zon waktu | UTC+1 (CET) | ||||
• Musim panas (DST) | UTC+2 (CEST) | ||||
Arah memandu | kanan | ||||
Kod panggilan | 394 | ||||
Kod ISO 3166 | IT | ||||
DPT internet | .it3 | ||||
|
Itali (bahasa Itali: Italia [iˈtaːlja]; Jawi: إيتالي ) atau nama rasminya Republik Itali (bahasa Itali: Repubblica italiana[note 1]) ialah sebuah negara yang terletak di Eropah selatan tengah. Itali bersempadan dengan Perancis, Switzerland, Austria dan Slovenia sepanjang pergunungan Alps di utara; di selatan wilayahnya merangkumi seluruh Semenanjung Itali, Sicily, Sardinia – dua pulau terbesar di Laut Mediterranean – dan banyak lagi pulau kecil. Negara-negara berdaulat San Marino dan Kota Vatikan merupakan enklaf dalam wilayah Itali, manakala Campione d'Italia merupakan eksklaf Itali di Switzerland. Wilayah Itali berkeluasan 301,338 km2 (116,347 bt2) dan dipengaruhi oleh iklim sederhana bermusim. Dengan 60.4 juta orang penduduk, Itali merupakan negara keenam paling ramai penduduk di Eropah, dan ke-23 teramai di dunia.
Rom, selaku ibu negara Itali, merupakan pusat politik tamadun Barat selama berabad-abad lamanya sebagai ibu kota Empayar Rom. Setelah kejatuhan empayar tersebut, Itali menahan serangan demi serangan daripada bangsa asing, baik puak-puak Germanik seperti Lombard dan Ostrogoth, mahupun Bizantium dan Norman, antara lainnya. Berabad-abad kemudian, Itali menjadi tempat kelahiran Zaman Pembaharuan,[8] sebuah pergerakan cendekiawan yang sangat berhasil dan terbukti penting dalam pembentukan hala tuju pemikiran Eropah pada zaman seterusnya.
Sepanjang sejarahnya pasca Empayar Rom, Itali terpecah-belah kepada berbilang negara dan negeri kota (seperti Kerajaan Sardinia, Kerajaan Dua Sicilia dan Duchy Milan), tetapi akhirnya disatukan pada tahun 1861,[9] ekoran peristiwa pergolakan yang dikenali sebagai "Il Risorgimento" ("Kebangkitan Semula"). Mulai akhir abad ke-19, melepasi Perang Dunia Pertama hinggalah Perang Dunia Kedua, Itali memiliki sebuah empayar jajahan yang menjangkau Libya, Eritrea, Somalia, Habsyah, Albania, Rhodes, Dodecanese dan sebuah tanah konsesi di Tianjin, China.[10]
Negara Itali moden merupakan sebuah republik demokrasi yang menduduki tangga ke-23 negara termaju di dunia[11] dan juga tangga ke-10 Indeks Kualiti Hidup.[12] Itali menikmati taraf hidup yang amat memuaskan serta KDNK per kapita yang tinggi.[13][14] Itali merupakan negara pengasas pertubuhan yang kini dikenali sebagai Kesatuan Eropah dan sebahagian Eurozone. Itali juga menganggotai pertubuhan G8, G20 dan NATO. Ia juga mencatat KNDK nominal ke-7 terbesar, KDNK (PPP) ke-10 terbesar[15] dan belanjawan kerajaan keenam terbesar di dunia.[16] Itali juga menganggotai Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi, Pertubuhan Perdagangan Sedunia, Majlis Eropah, Kesatuan Eropah Barat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Itali mempunyai perbelanjaan pertahanan ke-9 terbanyak di dunia dan berkongsi senjata nuklear NATO.
Itali memainkan peranan penting dalam hal-ehwal ketenteraan, kebudayaan dan diplomasi Eropah dan global. Pengaruh politik, sosial dan ekonomi di Eropah menjadikannya sebuah kuasa serantau besar di samping United Kingdom, Perancis, Jerman dan Rusia.[17][18][19][20][21] Negara ini menikmati mutu pendidikan awam yang tinggi, tenaga kerja yang ramai,[22] serta tarafnya sebagai sebuah negara yang amat terglobal.[23]
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|journal=
(bantuan); Check date values in: |publication-date=
(bantuan); |contribution=
ignored (bantuan).
|url=
(bantuan)
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "note", tetapi tiada tag <references group="note"/>
yang berpadanan disertakan