جابتن ايميڬريسين مليسيا | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 1 April 1976 |
Ibu pejabat | No. 15, Tingkat 1-7 (Podium) & Tingkat 1-4 (Menara), Blok 2G4, Persiaran Perdana, Presint 2, 62550 Putrajaya |
Kakitangan | 496 (2018) |
Belanjawan tahunan | MYR 231,884,300 (2018) |
Menteri bertanggungjawab | |
Eksekutif agensi |
|
Laman sesawang | www |
Jabatan Imigresen Malaysia (Tulisan Jawi: جابتن ايميڬريسين مليسيا) merupakan salah satu agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri. Ia menyediakan perkhidmatan kepada warganegara Malaysia, Penduduk Tetap dan Warganegara Asing yang berkunjung ke Malaysia. Ibu pejabat pertama Jabatan Imigresen Malaysia terletak Pulau Pinang dan ditubuhkan pada tahun 1947. Ibu pejabat Imigresen dipindahkan beberapa kali dalam kawasan Kuala Lumpur sehingga pada bulan September 2004, di mana ia dipindahkan ke Wilayah Persekutuan Putrajaya. Perpindahan ini dilakukan secara berperingkat sebagai langkah untuk memastikan proses kerja dapat dijalankan dengan sempurna.