United States Department Of The Navy | |
Ibu pejabat Jabatan Tentera Udara Amerika Syarikat di The Pentagon | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 18 September 1947 |
Jenis | Angkatan Tentera |
Bidang kuasa | Pengawal Pantai Amerika Syarikat |
Ibu pejabat | The Pentagon Kaunti Arlington, Virginia |
Eksekutif angkatan Tentera | |
Agensi induk | Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat |
Agensi-agensi anak | |
Laman sesawang | https://www.navy.mil |
Jabatan Tentera LautAmerika Syarikat ( Bahasa Inggeris : United States Department Of The Navy ; singkatan : DN ) telah ditubuhkan oleh satu Akta Kongres pada 30 April 1798 (dimulakan atas syor James McHenry), untuk menyediakan struktur organisasi kerajaan kepada Tentera Laut Amerika Syarikat dan, dari tahun 1834 dan seterusnya, untuk Kor Marin Amerika Syarikat dan apabila diarahkan oleh Presiden Amerika Syarikat, untuk Pengawal Pantai Amerika Syarikat sebagai perkhidmatan dalam Tentera Laut.
Jabatan Tentera Laut ialah sebuah Jabatan Eksekutif Angkatan Tentera dan Setiausaha Tentera Laut adalah ahli Kabinet Amerika Syarikat sehingga tahun 1949, apabila pindaan kepada "Akta Keselamatan Negara 1947" telah menukar nama Penubuhan Tentera Kebangsaan kepada Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat dan menjadikan ia sebuah Jabatan Eksekutif.
Jabatan Tentera Laut kemudian menjadi, bersama-sama dengan Jabatan Tentera Darat Amerika Syarikat dan Jabatan Tentera Udara Amerika Syarikat dalam Jabatan Pertahanan dan tertakluk kepada pihak berkuasa, arahan dan kawalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat.