Jalur Ku (disebut "kei-yu") ialah sebahagian spektrum elektromagnet dalam julat gelombang mikro frekuensi. Simbol ini bererti "K-under" — dalam erti kata lain, jalur yang betul-betul di bawah jalur K. Dalam aplikasi radar, julat jalur Ku adalah dari 12 hingga 18 GHz menurut takrifan rasmi tatanama jalur frekuensi radar dalam Piawaian IEEE 521-2002. [1][2]
Jalur Ku digunakan terutamanya untuk komunikasi satelit, terutama sekali Satelit Penjejakan dan Geganti Data NASA yang digunakan untuk komunikasi kapal angkasa dan ISS. Satelit jalur Ku juga digunakan untuk angkut balik dan khususnya untuk satelit dari kawasan jauh ke studio rangkaian televisyen untuk suntingan dan penyiaran. Jalur ini dibahagi kepada berbilang segmen yang berbeza mengikut kawasan geografi oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU). NBC merupakan rangkaian televisyen pertama yang menaikkan kebanyakan suapan stesen gabungannya melalui jalur Ku pada tahun 1983.