Jangsu dari Goguryeo (Hangul:장수왕; Jawi: راج جڠسوcode: ms is deprecated ; 394–491, memerintah 413–491)[1] ialah raja ke-20 Goguryeo, yang paling utara dari Tiga Kerajaan Korea. Baginda diputerakan pada tahun 394 sebagai anakanda sulung Gwanggaeto. Baginda menjadi putera mahkota pada tahun 408, dan setelah kemangkatan ayahandanya pada tahun 413, baginda menjadi penguasa pada usia 19 tahun.[2]
Jangsu memerintah pada zaman kegemilangan Goguryeo,[3][4] ketika itu merupakan sebuah kerajaan yang kuat dan salah satu kuasa besar di Asia Timur.[5][6][7][8] Baginda terus melanjutkan pengembangan wilayah ayahandanya melalui penaklukan,[9] tetapi juga terkenal dengan kemampuan diplomatiknya.[10][11][12] Seperti ayaandahnya, Gwanggaeto Agung, Jangsu juga mencapai penyatuan longgar bagi Tiga Kerajaan Korea.[13] Di samping itu, pemerintahan Jangsu yang panjang menyaksikan penyempurnaan pengaturan politik, ekonomi dan institusi Goguryeo yang lain.[14] Dia juga terkenal kerana membina Prasasti Gwanggaeto, yang didedikasikan untuk ayahandanya. Nama anumerta Jangsu bermaksud "Umur Panjang", berdasarkan pemerintahannya yang lama selama 79 tahun hingga baginda usia 98 tahun, pemerintahan terpanjang dalam sejarah Asia Timur.[15]
Semasa pemerintahannya, Jangsu mengubah nama rasmi Goguryeo (Koguryŏ) menjadi Goryeo yang dipendekkan (Koryŏ), iaitu asal nama Korea.
^Roberts, John Morris; Westad, Odd Arne (2013). The History of the World (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. m/s. 443. ISBN9780199936762. Dicapai pada 15 July 2016.
^Bae, Kichan (2007). Korea at the crossroads : the history and future of East Asia (ed. 1st). Seoul: Happyreading. m/s. 87. ISBN9788989571469.
^Lee, Ki-Baik (1984). A New History of Korea. Cambridge, Massachusetts: Harvard University Press. m/s. 38. ISBN067461576X. "He held China in check by employing a diplomatic strategy of maintaining ties with both the Northern and Southern Dynasties, thus enabling him to manipulate these two contending forces to Koguryŏ's advantage."
^Kim, Jinwung (5 November 2012). A History of Korea: From "Land of the Morning Calm" to States in Conflict (dalam bahasa Inggeris). Indiana University Press. m/s. 36. ISBN978-0253000781. Dicapai pada 15 July 2016. "China's split into the Northern and Southern dynasties afforded him an opportunity to diplomatically maneuver these two bitterly contending forces to Koguryŏ's advantage."