1: Jawatan secara rasminya kosong. Adolf Hitler melantik diri sendiri sebagai Führer und Reichskanzler bermula pada bulan Ogos 1934.[3]
2: Lutz Graf Schwerin von Krosigk menggunakan gelaran Menteri Utama.
3: Melalui Akta Pengkuasaan 1933, kerajaan Jerman diberikan kuasa perundangan, walau bagaimanapun Reichstag secara rasminya masih terus wujud sebagai badan penggubal undang-undang.
Jerman Nasionalis Sosialis (Jerman: Nationalsozialistisches Deutschlandcode: de is deprecated , juga diringkas kepada Jerman Nazi) atau Pemerintahan Jerman Raya (Jerman: Großdeutsches Reichcode: de is deprecated [4]) merujuk kepada pemerintahan negara Jerman pada tahun-tahun 1933 hingga 1945 di bawah pimpinan diktatorAdolf Hitler yang menyebarkan ideologi ketuanan "nasionalisme-sosialisme" (Nationalsozialismus) digalang Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional; pemerintahan ini sering digelar sebagai "Pemerintahan Ketiga" (Jerman: Drittes Reichcode: de is deprecated , bahasa Inggeris: Third Reichcode: en is deprecated ). Dalam zaman tersebut, Jerman telah bangkit daripada negara yang tewas dalam Perang Dunia Pertama sehingga menjadi suatu kuasa ketenteraan yang digeruni. Pada masa yang sama, bangkit juga politik perkauman atau rasis yang mengagungkan bangsa Aryan dan menghina ras lain, terutamanya orang-orang Yahudi yang telah "dikumpulkan dan dibunuh secara terancang di beberapa buah kem tahanan". Jerman Nazi akhirnya ditewaskan oleh tentera Berikat dan Soviet pada tahun 1945. Kerana itu, Jerman telah terbahagi kepada dua blok: Republik Konfederasi Jerman di barat (yang berfahaman kapitalis) dan Republik Demokratik Jerman di sebelah timur (yang berfahaman komunis-sosialis).[5]
^pada tahun 1939, sebelum Jerman mendapat kawalan ke atas dua wilayah terakhir yang mana berada di bawah kawalannya sebelum Perjanjian Versailles, Alsace-Lorraine, Danzig dan sebahagian Prusia Barat yang dikenali sebagai "Koridor Poland", dengan kawasan seluas 633786 km persegi, Statistisches Bundesamt (Federal Statistical Office), Statistisches Jahrbuch 2006 für die Bundesrepublik Deutschland, p. 34.
^Gesetz über das Staatsoberhaupt des Deutschen Reichs,
1 August 1934: "§ 1 The office of the Reichspräsident is merged with that of the Reichskanzler. Therefore the previous rights of the Reichspräsident pass over to the Führer and Reichskanzler Adolf Hitler. He names his deputy."