Jmol | |
---|---|
Pembuat asal | Dan Gezelter |
Pembangun | Kumpulan pembangun Jmol |
Pelancaran pertama | 2001 |
Versi terkini/stabil | 16.1.59 (26 Februari 2024) |
Ditulis dalam | Java |
Sistem pengendalian | Rentas-pelantar |
Pelantar | Sistem dengan Java dan pelayar web tanpa Java |
Tersedia dalam | Belanda, Catala, Cina, Czech, Denmark, Inggeris, Perancis, Jerman, Hungary, Indonesia, Itali, Korea, Portugis, Sepanyol, Turki, Ukraine[1] |
Senarai bahasa Belanda, Catala, Cina, Czech, Denmark, Inggeris, Perancis, Jerman, Hungary, Indonesia, Itali, Korea, Portugis, Sepanyol, Turki, Ukraine[1] | |
Jenis | Perisian bebas, science software |
Genre | Pemodelan molekul |
Lesen | LGPL 2.0 |
Format fail boleh dibaca | |
Pautan berkaitan | |
Tapak web | www |
Repositori | sourceforge |
sunting · sunting di Wikidata |
Jmol ialah sebuah perisian bagi pemodelan molekul struktur kimia dalam 3 dimensi.[2] Jmol menampilkan model-model 3D daripada sebatian kimia yang dapat digunakan sebagai alat pengajaran,[3] atau kajian ilmiah seperti bidang kimia dan biokimia. Perisian ini ditulis dalam bahasa pengaturcaraan Java, dan dapat beroperasi dalam sistem operasi Windows, macOS, Linux, serta Unix sekiranya Java telah dipasang. Perisian ini bersifat bebas dan bersumber terbuka yang dilancarkan di bawah GNU Lesser General Public License (LGPL) versi 2.0. Terdapat aplikasi dan kit pembangunan perisian (SDK) yang dapat dipasang ke dalam aplikasi Java lain seperti Bioclipse dan Taverna.
Ciri yang terkenal ialah aplet yang dapat diintegrasikan ke dalam laman web untuk memaparkan struktur molekul dalam pelbagai cara. Misalnya, molekul dapat ditampilkan sebagai model bola-batang, ruang terisi dan diagram pita.[4] Jmol mendukung pelbagai format fail kimia, termasuk Protein Data Bank (pdb), Crystallographic Information File (cif), MDL Molfile (mol) dan Chemical Markup Language (CML). Perisian ini juga memiliki versi khas JavaScript (HTML5), JSmol yang dapat digunakan pada komputer yang tidak memiliki Java.[5]