John F. Kennedy | |
---|---|
Presiden Amerika Syarikat ke-35 | |
Dalam jawatan 20 Januari 1961 – 22 November 1963 | |
Naib Presiden | Lyndon B. Johnson |
Didahului oleh | Dwight D. Eisenhower |
Digantikan oleh | Lyndon B. Johnson |
Senator A.S. dari Massachusetts | |
Dalam jawatan 3 Januari 1953 – 22 Disember 1960 | |
Didahului oleh | Henry Cabot Lodge |
Digantikan oleh | Benjamin Smith |
Ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dari daerah ke-11 Massachusetts | |
Dalam jawatan 3 Januari 1947 – 3 Januari 1953 | |
Didahului oleh | James Curley |
Digantikan oleh | Tip O'Neill |
Butiran peribadi | |
Lahir | John Fitzgerald Kennedy 29 Mei 1917 Brookline, Massachusetts, A.S. |
Meninggal dunia | 22 November 1963 Dallas, Texas, A.S. | (umur 46)
Sebab kematian | Pembunuhan |
Tempat persemadian | Perkuburan Negara Arlington |
Parti politik | Demokrat |
Pasangan | Jacqueline Bouvier (k. 1953) |
Anak-anak | 4, termasuk Caroline, John, Jr., dan Patrick |
Alma mater | Universiti Harvard |
Tandatangan | |
Perkhidmatan ketenteraan | |
Kesetiaan | Amerika Syarikat |
Perkhidmatan/cawangan | Tentera Laut Amerika Syarikat |
Tahun perkhidmatan | 1941–1945 |
Pangkat | Leftenan |
Unit |
|
Pertempuran |
|
John Fitzgerald Kennedy (29 Mei 1917 – 22 November 1963, yang dikenali sebagai "Jack" atau dengan singkatan JFK, ialah Presiden Amerika Syarikat ke-35. Beliau menjadi presiden dari 1961 sehingga pembunuhan beliau pada 1963. Beliau merupakan Presiden kedua termuda yang dipilih ke jawatan, pada umur 43[1] selepas Presiden Theodore Roosevelt. Beliau sebelumnya pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dari daerah ke-11 Massachusetts dari tahun 1947 hingga 1953 dan Senator Massachusetts dari tahun 1953 hingga 1960.
Peristiwa semasa kepimpinan Kennedy termasuklah serangan Teluk Babi, krisis peluru berpandu Cuba, pembinaan Tembok Berlin, Perlumbaan Angkasa, Pergerakan Hak Sivil Afrika Amerika, dan peringkat awal Perang Vietnam. Beliau merupakan Presiden termuda Amerika Syarikat untuk mati ketika menjawat.[2]