Jus

Segelas jus oren

Jus; (Jawi: جوس ) (pinjaman daripada bahasa Inggeris juice serapan jus / juis / jouis dalam bahasa Perancis kuno, "air rebusan herba" s. 1300.[1]) ialah cecair yang secara semula jadi terkandung dalam pati buah atau sayuran. Jus secara mekanikalnya disediakan cukup menerusi kaedah perahan sama ada menggunakan alatan atau mesin khusus mengeluarkan cecair dalamnya.

Jus biasanya merupakan minuman kegemaran ketika masa bersantai, sarapan, mahupun minum petang. Ia sesuai diminum begitu sahaja atau juga dicampur bersama soda, air berkarbonat ataupun tenusu seperti susu skim dan yogurt menambahkan perisa tersendiri (seperti dalam smoothie).

  1. ^ "Online Etymology Dictionary". Dicapai pada 26 Januari 2017.

Developed by StudentB