Tapak Warisan Dunia UNESCO | |
Pulau K'gari dari foto satelit | |
Maklumat am | |
---|---|
Nama rasmi | K'gari |
Termasuklah | Dingo |
Inskripsi | 1992 (sesi ke-16) |
Laman sesawang | https://parks.des.qld.gov.au/parks/kgari-fraser |
Maklumat lokasi | |
Lokasi | Fraser Coast Region, Queensland, Australia |
Koordinat | 25°14′S 153°09′E / 25.24°S 153.15°E |
sunting · sunting di Wikidata |
K'gari[1] (nama dahulu: Pulau Fraser; bahasa Inggeris: Fraser Island ) adalah sebuah pulau terletak di sepanjang pantai tenggara di wilayah Wide Bay – Burnett, Queensland, Australia. [2] [3] kira-kira 250 kilometer dari Brisbane.[4] Pulau ini dianggap sebagai pulau pasir terbesar di dunia dengan panjang kira-kira 123 kilometer dan lebarnya lebih kurang 22 kilometer.[5] keseluruhannya seluas sepanjang 1,840 kilometer persegi (710 bt2)[5] serta juga pulau terbesar milik Queensland, pulau keenam terbesar di kawasan benua Australia dan pulau terbesar di pantai timur negara tersebut.
Pulau ini terangkum dalam tanah adat masyarakat peribumi orang Butchulla dalam wilayah pemerintah daerah Wilayah Pantai Fraser.[6] Ia diwartakan sebagai suatu kawasan "warisan negara" oleh Majlis Warisan Australia pada 21 Mei 2007.[7] Ia kemudiannya dijadikan Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1992.[8]