Kamala Harris

Kamala Harris
கமலா ஆரிசு
Potret rasmi pada tahun 2021
Naib Presiden Amerika Syarikat ke-49
Menyandang jawatan
20 Januari 2021
PresidenJoe Biden
Didahului olehMike Pence
Senator Amerika Syarikat
dari California
Dalam jawatan
3 Januari 2017 – 18 Januari 2021
Didahului olehBarbara Boxer
Digantikan olehAlex Padilla
Ketua Peguam Negeri California ke-32
Dalam jawatan
3 Januari 2011 – 3 Januari 2017
GabenorJerry Brown
Didahului olehJerry Brown
Digantikan olehXavier Becerra
Ketua Peguam Daerah San Francisco ke-27
Dalam jawatan
8 Januari 2004 – 3 Januari 2011
Didahului olehTerence Hallinan
Digantikan olehGeorge Gascón
Maklumat peribadi
Lahir
Kamala Devi Harris

கமலா தேவி ஹாரிஸ்[a]

(1964-10-20) 20 Oktober 1964 (umur 60)
Oakland, California, U.S.
Parti politikDemokratik
PasanganDoug Emhoff (k. 2014)
Ibu bapa
KediamanNumber One Observatory Circle
Pendidikan
Pekerjaan
  • Ahli politik
  • peguam
  • penulis
TandatanganTandatangan
Laman web

Kamala Devi Harris[a] (/ˈkɑːmələ ˈdvi/ ( dengar),[2][3] Tamil: கமலா தேவி ஆரிசு; lahir 20 Oktober 1964) ialah seorang ahli politik dan peguam Amerika Syarikat yang kini berkhidmat sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat ke-49. Beliau ialah naib presiden wanita pertama dan pegawai wanita tertinggi dalam sejarah Amerika Syarikat, serta naib presiden Amerika Afrika pertama dan Asia pertama.[4][5]

Seorang ahli Parti Demokratik, beliau berkhidmat sebagai peguam negara California dari 2011 hingga 2017 dan sebagai senator Amerika Syarikat yang mewakili California dari 2017 hingga 2021. Harris menjadi naib presiden selepas mengangkat sumpah pada Januari 2021 bersama Presiden Joe Biden, selepas mengalahkan penyandangnya Donald Trump dan naib presiden Mike Pence dalam pilihan raya 2020.

Dilahirkan di Oakland, California, Harris lulus dari Universiti Howard dan University of California, Hastings College of the Law. Beliau memulakan kerjayanya di Pejabat Peguam Daerah Alameda County, sebelum direkrut ke Pejabat Peguam Daerah San Francisco dan kemudian pejabat Peguam Bandar San Francisco. Pada tahun 2003, beliau telah dipilih sebagai peguam daerah San Francisco. Beliau telah dipilih sebagai Peguam Negara California pada tahun 2010 dan dipilih semula pada tahun 2014. Harris berkhidmat sebagai senator Amerika Syarikat junior dari California dari 2017 hingga 2021. Harris mengalahkan Loretta Sanchez dalam pilihan raya Senat 2016 untuk menjadi wanita Amerika Afrika kedua dan Amerika Selatan pertama yang berkhidmat di Senat Amerika Syarikat.[6][7] Sebagai senator, beliau menyokong pembaharuan penjagaan kesihatan, undang-undang persekutuan ganja, laluan ke kewarganegaraan untuk pendatang tanpa izin, Akta DREAM, pengharaman senjata serangan, dan pembaharuan cukai progresif. Beliau mendapat profil kebangsaan untuk soalannya yang ditujukan kepada pegawai pentadbiran Trump semasa sidang Senat, termasuk calon Mahkamah Agung kedua Trump, Brett Kavanaugh, yang dituduh melakukan serangan seksual.[8]

Harris mengumumkan pencalonan dirinya untuk bertanding sebagai calon presiden Demokrat 2020, tetapi menarik diri. Calon presiden dari parti yang sama, Joe Biden memilihnya sebagai pasangan regu beliau pada Ogos 2020. Mereka bertanding atas nama tiket Biden–Harris, dan kemudiannya memenangi pilihan raya umum pada November. Beliau memegang jawatan sebagai naib presiden Amerika Syarikat pada 20 Januari 2021.

Pada Julai 2024, Harris secara rasmi menjadi calon presiden andaian bagi Demokrat sebelum disahkan sebagai calon rasmi dalam Konvensyen Parti Demokrat yang dijadual berlangsung pada 19–22 Ogos 2024. Perkara ini berlaku selepas beliau mengumumkan akan bertanding dalam pilihan raya umum 2024, menggantikan Joe Biden yang menarik diri akibat masalah tertentu. Beliau membawa slogan kempen "When we fight, WE WIN"[9]

  1. ^ Debolt, David (18 Ogos 2020). "Here's Kamala Harris' birth certificate. Scholars say there's no VP eligibility debate". The Mercury News. The MediaNews Group Inc.
  2. ^ Thomas, Ken (February 15, 2013). "You Say 'Ka-MILLA;' I Say 'KUH-ma-la.' Both Are Wrong". The Wall Street Journal: 1.
  3. ^ Woodsome, Kate. "Opinion | You don't need to like Kamala Harris. But you should say her name properly". The Washington Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-10-27. Dicapai pada January 22, 2021 – melalui YouTube.
  4. ^ Kalita, S. Mitra (12 Ogos 2020). "Kamala Harris' Indian roots and why they matter". CNN. Dicapai pada 27 Februari 2020.
  5. ^ Sudeep, Theres (21 November 2020). "Indian-origin politicians around the world". Deccan Herald. Dicapai pada 27 Februari 2020.
  6. ^ "Kamala D. Harris: US Senator from California". United States Senate. Diarkibkan daripada yang asal pada October 14, 2020. Dicapai pada July 29, 2020. In 2017, Kamala D. Harris was sworn in as a United States senator for California, the second African-American woman, and first South Asian-American senator in history.
  7. ^ Weinberg, Tessa; Palaniappan, Sruthi (December 3, 2019). "Kamala Harris: Everything you need to know about the 2020 presidential candidate". ABC News. Dicapai pada August 10, 2020. Harris is the daughter of an Indian mother and Jamaican father, and is the second African-American woman and first South Asian-American senator in history.
  8. ^ Viser, Matt (January 21, 2019). "Kamala Harris enters 2020 Presidential Race". The Washington Post. Dicapai pada January 22, 2019.
  9. ^ "Kamala Harris tells supporters 'when we fight, we win'". www.abc.net.au (dalam bahasa Inggeris). 2024-07-23. Dicapai pada 2024-07-31.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan


Developed by StudentB