Kambing bela jinak Julat zaman: Neolitik - Kini
| |
---|---|
Kambing pigmi | |
Dibelajinakkan
| |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Mammalia |
Keluarga: | Bovidae |
Subkeluarga: | Caprinae |
Genus: | Capra |
Spesies: | C. hircus
|
Nama binomial | |
Capra hircus Linnaeus, 1758
| |
Sinonim | |
Capra aegagrus hircus Linnaeus, 1758 |
Kambing[1] atau kambing bela jinak (Tulisan Jawi: كمبيڠ بلا جينق; Capra hircus) merupakan satu spesies kambing yang banyak dipelihara sebagai ternakan. Ia telah dibela jinak daripada kambing gurun bezoar (C. aegagrus aegagrus) dari Asia Barat Daya dan Eropah Timur. Kambing dirangkum dalam famili Bovidae bersama spesies lain seumpama biri-biri kerana kedua-duanya tergolong dalam subkeluarga Caprinae. Terdapat lebih 300 baka kambing yang berlainan.[2] Kambing adalah antara spesies yang paling lama dibela jinak, iaitu untuk susu, daging, bulu, dan kulit di seluruh dunia.[3] Pada tahun 2011, bilangan kambing yang hidup di seluruh dunia mencecah 924 juta menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu.[4]