Kanada كانادا | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: A Mari Usque Ad Mare (bahasa Latin :“Dari Laut ke Laut”) | |||||
Lagu kebangsaan: O Canada | |||||
Ibu negara | Ottawa | ||||
Bandar terbesar | Toronto | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis | ||||
Bahasa umumyang diakui | Bahasa Inuktitut, Bahasa Inuinnaqtun, Bahasa Nehiyau, Bahasa Dëne Sųłiné, Bahasa Gwich’in, Inuvialuktun, Slavey danTłįchǫ Yatiì[3] | ||||
Kerajaan | Demokrasi berparlimen persekutuan dan raja berperlembagaan[4] | ||||
• Raja | Charles III | ||||
Mary Simon | |||||
Justin Trudeau | |||||
Badan perundangan | Parlimen | ||||
Senat | |||||
Dewan Rakyat | |||||
Kemerdekaan dari Amerika Syarikat | |||||
1 Julai 1867 | |||||
11 Disember 1931 | |||||
17 April 1982 | |||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 9,984,670 km2 (3,855,100 bt2) (2nd) | ||||
8.92 (891,163 km2/344,080 mi2) | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2011 | 34,436,000[5] (ke-36) | ||||
• Bancian Penduduk 2006 | 32,623,490[6] | ||||
3.41/km2 (8.8/sq mi) (ke-228) | |||||
KDNK (PPP) | 2010 | ||||
• Jumlah | $1.330 trilion[7] | ||||
$39,057[7] | |||||
KDNK (nominal) | 2010 | ||||
• Jumlah | $1.574 trilion[7] | ||||
$46,215[7] | |||||
Gini (2005) | 32.1[8] Ralat: Nilai Gini tidak sah | ||||
HDI (2010) | ▲ 0.888[9] Ralat: Nilai IPM tidak sah · ke-8 | ||||
Mata wang | Dolar Kanada ($) ( CAD ) | ||||
Zon waktu | () | ||||
• Musim panas (DST) | UTC−2.5 to −7 | ||||
Format tarikh | dd-mm-yyyy, mm-dd-yyyy, dan yyyy-mm-dd (M) | ||||
Arah memandu | kanan | ||||
Kod panggilan | +1 | ||||
DPT internet | .ca | ||||
Kanada (bahasa Inggeris: Canada , Sebutan: /ˈkænədə/) ialah sebuah negara Amerika Utara yang terdiri daripada sepuluh provinsi (negeri) dan tiga wilayah. Terletak di bahagian utara benuanya, Kanada menjangkau dari Lautan Atlantik di timur hingga Lautan Pasifik di barat dan Lautan Artik di utara. Ia merupakan negara kedua paling luas di dunia. Sempadan Kanada dengan Amerika Syarikat di selatan dan barat laut adalah yang terpanjang di dunia.
Tanah yang kini menjadi Kanada pernah didiami oleh pelbagai kaum orang asli sejak ribuan tahun dahulu. Bermula pada lewat abad ke-15, misi penjelajahan British dan Perancis menerokai lalu bertempat di sepanjang pantai Atlantik. Perancis menyerahkan hampir kesemua jajahannya di Amerika Utara pada tahun 1763 selepas Perang Tujuh Tahun. Pada tahun 1867, dengan kesatuan tiga jajahan Amerika Utara British secara Pergabungan, Kanada dibentuk sebagai sebuah dominion persekutuan empat provinsi. Dengan ini bermulanya pertambahan provinsi dan wilayah serta proses meningkatkan autonomi dari United Kingdom. Peluasan autonomi ini diserlahkan oleh Statut Westminster 1931 dan memuncak pada Akta Kanada 1982, yang memutuskan sisa-sisa pergantungan undang-undang pada parlimen United Kingdom.
Kanada ialah sebuah negara persekutuan yang ditadbir sebagai demokrasi berparlimen dan negara raja berperlembagaan dengan Raja Charles III selaku ketua negara. Ia merupakan sebuah negara dwibahasa yang menggunakan bahasa-bahasa Inggeris dan Perancis sebagai bahasa rasmi di peringkat persekutuan. Sebagai sebuah negara yang amat maju, Kanada mempunyai ekonomi kepelbagaian yang bergantung pada kekayaan sumber alam dan perdagangan, khususnya dengan Amerika Syarikat yang dijalinkan hubungan yang lama dan rumit oleh Kanada. Kanada menganggotai pertubuhan-pertubuhan G7, G8, G20, NATO, OECD, WTO, Negara-Negara Komanwel, Francophonie,OAS, APEC, dan PBB. Dengan mencatat Indeks Pembangunan Insan kelapan tertinggi di dunia, Kanada adalah antara negara yang menikmati taraf hidup yang tertinggi di dunia.
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan)
|accessdate=
(bantuan)