Kanggaru

Kanggaru
Kanggaru kelabu timur betina
dengan anaknya
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Subkelas:
Order:
Suborder:
Keluarga:
Gray, 1821

Kanggaru (Jawi: كڠݢارو) atau kangguru (k. lama[1]) ialah sejenis marsupial yang tergolong dalam keluarga Macropodidae. Dalam kegunaan am istilah ini digunakan untuk menghuraikan spesies terbesar dalam keluarga tersebut, iaitu kanggaru merah, kanggaru antelop, kanggaru kelabu timur dan kanggaru kelabu barat dalam genus Macropus.[2] Kanggaru endemik kepada benua Australia. Kerajaan Australia menganggarkan 42.8 juta ekor kanggaru hidup dalam kawasan tuaian komersil negara tersebut pada tahun 2019, menurun daripada 53.2 juta ekor pada tahun 2013.[3]

Kanggaru mempunyai kaki belakang yang besar dan kuat untuk melompat, ekor yang besar dan berotot untuk mengimbangkan diri, serta kepala kecil. Kanggaru betina mempunyai kantung iaitu marsupium untuk melengkapkan lanjut perkembangan posnatum anak. Secara amnya, kanggaru yang lebih besar lebih mampu menyesuaikan diri kepada perubahan yang dibawa ke landskap Australia oleh manusia, sementara kebanyakan saudaranya yang lebih kecil pula diancam kepupusan.

Kanggaru merupakan satu ikon negara Australia: haiwan ini sering ditampilkan pada jata negara ini[4] dan bentuk matawangnya[5] serta juga digunakan oleh kebanyakan pertubuhan sana termasuk syarikat penerbangan Qantas.[6] Banyak pasukan sukan Australia dinamakan sempena kanggaru; malah kanggaru juga banyak ditemui dalam filem, televisyen, mainan dan cenderamata di seluruh dunia. Kanggaru liar diburu sebagai sumber daging dan bulu, selain juga untuk peladang mempertahankan padang ragut bebiri mereka.[7]

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama :0
  2. ^ Groves, Colin (16 November 2005). Wilson, D. E., dan Reeder, D. M. (ed.) (penyunting). Mammal Species of the World (ed. ke-3). Percetakan Universiti Johns Hopkins. m/s. 64 & 66. ISBN 0-801-88221-4.CS1 maint: multiple names: editors list (link) CS1 maint: extra text: editors list (link)
  3. ^ "Kangaroo population estimates" (PDF). Wildlife Trade. Jabatan Pertanian, Air dan Alam Sekitar Kerajaan Australia. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 25 Julai 2021. Dicapai pada 30 Julai 2021.
  4. ^ "About Australia". Jabatan Hal Ehwal dan Perdagangan Luar Negeri. Kerajaan Australia. 31 Mac 2022. Dicapai pada 12 Jun 2022.
  5. ^ "One Dollar". Royal Australian Mint. Dicapai pada 12 Jun 2022.
  6. ^ "The Kangaroo Symbol". Qantas. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 April 2006.
  7. ^ Kell, John (31 Julai 1997). "Kangaroo Industry Background". Kangaroo Industries Association of Australia. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Februari 2009. Dicapai pada 5 April 2009.

Developed by StudentB